Pereka fesyen, Shanell Harun mendedahkan sikap aktres Uqasha Senrose, 29, yang tidak mengambil kesempatan dalam persahabatan.
Menurut Shanell, Uqasha telah menempah makanan daripada perniagaan yang diusahakannya namun menolak untuk diberi secara percuma.
“Pagi-pagi jenuh bergaduh dengan Uqasha Senrose. Dia tempah enam set kenduri Dapoq Schombi . Dia duk mintak nombor akaun, Nell saja tak mau bagi.
“Bukan apa, kami dah macam adik beradik. Tapi dia desak juga. Mau tak mau kena bagi juga la. Nanti dia merajuk,” tulisnya.
Tambahnya, dia kagum dengan perwatakan pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen yang sentiasa membantu bisnes kecil.
“Ini baru betul namanya support kawan-kawan. Walaupun dia selebriti nama besar, dia desak nak bayar.
“Kita sebagai kawan sampai jadi segan. Ini la kot rahsia dia murah rezeki sebab selalu support bisnes kecil macam kami. Alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Sekadar info, Shanell adalah individu yang bertanggungjawab menyiapkan busana perkahwinan Uqasha untuk malam Bollywood dan akad nikah.
Jom Lihat apa kata netizen:
“Uqasha ni memang bagus betul. Dengan kawan pun dia adil, dengan peniaga kecil pun dia adil. Takde mintak diskaun pun. Semoga rezeki Uqasha dan Nell terus mewah. Aamiinn.”
“Jenis yang tak lokek duit ni mmg melimpah ruah rezeki die,dan die yakin rezeki semua datang daripada yg maha memberi,semoga terus maju dgn jayanya”
“Uqasha ni mmg bagus .. mmg suka support product orang .. walaupon org nak bg free .. dia tetap nk bayar .. love attitude”
“Betul. Nak beli brg dgn kawan2 isunya mcm ni la. Bgaduh2 sorang insist nak bayar, yg menjual insist nak lanje.. aduh”
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.
Sumber: IG shanellharun