Connect with us

Artis

“Semoga kandungan baik2 saja..” Shima Anuar Disngka Hamil Gara2 Tnjuk kit ‘double line’, Rupanya..

Published

on

GARA-GARA berkongsi video memegang alat ujian kesu.buran atau ovulation test kit, pelakon Shima Anuar disang.ka sudah berbadan dua.

Terhibur membaca komen pengikut di laman Instagram, Shima atau nama sebenar Noor Hashimah Anuar, 30, berkata dia hanya berkongsi pengalaman pertamanya menjalani ujian kesu.buran untuk wanita itu.

“Rasa kelakar pun ada. Mereka pula yang teruja bila saya kongsi kit ujian itu…sebenarnya ramai yang tak tahu fasal ovulation test ini sebab itu apabila saya post video pegang stick itu orang ingat saya men.gan.dung.

“Saya pun baru tahu dan pertama kali cuba, ovulation test ni sebenarnya untuk membantu wanita-wanita yang sedang cuba untuk ha.mil, kita buat ujian untuk tahu waktu yang sesuai untuk wanita mengandung,” katanya kepada mStar.

Menerusi Instagram, Shima memuat naik rakaman pendek meme.gang kit ujian kesu.buran yang kelihatan hampir sama seperti alat ujian keha.milan.

Shima kongsi ilmu mengenai ujian ovulasi.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan menyangka pelakon filem Highland Tower ini kini berbadan dua.

Malah, ada juga netizen yang menjelaskan semula fungsi dan tujuan kit ujian kesuburan itu.

Bagi saya anak adalah rezeki dari Allah, kita perlu banyak berdoa, usaha dan jangan stres… InsyaAllah masa itu akan tiba!

SHIMA ANUAR

PELAKON

“Wah tahniah jaga diri dan kandungan baik-baik Shima. Semoga dipermudahkan urusan.

“Pantang nampak dua line, semua ingat mengandung. Tu alat untuk uji kesuburan la… bukan untuk check keha.milan.

“Bukan mengan.dunglah. Tu dia test kesu.buran, dia cakap dia tengah su.bur sekarang ni, bukan bermaksud tengah ha.mil,” tulis netizen.

Shima Anuar keluarga

Shima bersama suami dan dua anaknya.

Sementara itu, Shima berkata tujuannya memuat naik video itu kerana mahu berkongsi ilmu dengan pengikut mengenai kesu.buran wanita.

“Saya harap dengan perkongsian itu sesiapa yang sebelum ni susah nak mengan.dung dapat sedikit info dan tips la.

“Saya pun ada banyak baca tentang ramai suami isteri yang susah untuk dapat anak, harap post tu dapat membantu serba sedikit. Tak salah untuk mereka buat ujian dan dapatkan kit berkenaan.

“Bagi saya anak adalah rezeki dari Allah, kita perlu banyak berdoa, usaha dan jangan stres… InsyaAllah masa itu akan tiba nanti!” ujarnya.

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 2, dan Mikhael Imaan, setahun.

Sumber: Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara