PENYANYI dan pelakon Indonesia Irwansyah yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama selepas 10 tahun berkahwin mengikuti kemahuan isterinya Zaskia Sungkar.

Menurut Irwansyah, Zaskia yang kini hamil tiga bulan meminta untuk memijak rumput di rumah adiknya Shireen.

“MasyaAllah dari pagi dah ajak ke rumah Shireen, katanya mahu pijak rumput hehe” tulisnya.

Penyanyi lagu Pencinta Wanita ini bersyukur isterinya tidak membuat permintaan yang aneh dan susah untuk ditunaikan.

“Mujur bukan mahu pijak awan, kalau itu (pijak rumput) permintaannya InsyaAllah boleh lah,” ujarnya.

Dalam pada itu, netizen mendoakan kehamilan Zaskia berjalan lancar dan dipermudahkan urusan kelahiran.

Sebelum ini, Irwanysah pernah memberitahu isterinya mengidam untuk makan jering dan turut meminta dia makan ulam-ulaman itu.

Sumber : Mstar

Previous article“Wow Lagi Handsome…” Bekas Madu Izreen Azminda, Intan Salleh Dah Ada Kekasih Baru?
Next articleTayang Bibir Kesan Seperti Pembed4han, Sekali Ini Yg Dilakukan Anju Selepas Dikec4m..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here