“Issey menyerahkan bantuan ayam segar kepada orang ramai di sekitar Puncak Alam, Selangor”
Nilai seekor ayam segar mungkin tidak seberapa bagi sesetengah keluarga yang mampu, tetapi sebaliknya untuk mereka yang terj3jas teruk akib4t pand3mik C0vid-19.
Bagi mereka, pemberian seperti itu amat berharga dan sekurang-kurangnya dapat menggembirakan seketika insan tersayang dengan menghidangkan juadah lazat di atas meja ketika mengharungi saat-saat sukar.
Keadaan itu dikongsi pelakon dan penyampai radio, Fazlisham Mat Hussin atau lebih dikenali sebagai Issey yang melakukan kerja amal bersama rakan-rakan dengan menyumbangkan 200 ekor ayam kepada golongan kurang bernasib baik sekitar Puncak Alam, semalam.
View this post on Instagram
Sehari sebelum itu, melalui laman media sosialnya, beliau menghebahkan program amal itu dengan menjemput sesiapa yang terk3san hadir mengambil ayam segar berkenaan di sebuah premis di Eco Grandeur, Puncak Alam bermula jam 12 tengah hari.
Kata Issey, pada hari program itu berlangsung dia terk3jut apabila melihat orang ramai sudah beratur panjang bermula jam 11.30 pagi menyebabkan beliau dan rakan-rakan lain terp4ksa mengagihkan bantuan lebih awal bagi mengelakkan keses4kan atau sebarang isu pel4nggaran SOP.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Hanya kurang 20 minit, sebanyak 200 ekor ayam berjaya diserahkan kepada penerima dan walaupun hanya seekor ayam, mereka yang hadir benar-benar memerlukan bantuan dan sangat menghargainya.
“Ada juga dalam kalangan mereka terpaksa mencatu makanan sebab tiada sumber pendapatan malah ada yang diberhentikan kerja, ada kata lama dah tak makan ayam, lepas ini balik rumah boleh masak sedap-sedap untuk anak… kata-kata mereka benar-benar menyentuh hati saya,” katanya kepada FMT.
Merasakan dirinya bernasib baik kerana masih bekerja, Issey berkata dia serta rakan-rakannya merancang menyumbangkan pelbagai jenis barangan basah dalam masa terdekat atas semangat ingin berkongsi rezeki.
“Sebab bila kita buat program sumbangan pertama ini, ramai terk3san dan mengatakan mereka memerlukan barangan basah,” katanya.
Issey berkata dia menggunakan peluang melakukan lebih banyak kerja amal ketika ini selepas kegiatan seninya terpaksa diperlahankan akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Sekarang penggambaran terpaksa ditunda dan saya hanya sibuk pada waktu pagi kerana mengendalikan program di radio…jadi saya kini banyak masa terluang. Saya kongsi rezeki dan kudrat yang ada untuk membantu orang susah,” jelasnya.
Issey turut menggunakan pengaruh dan popularitinya dengan membantu mempromosikan hasil jualan jiran di kawasan perumahannya.
“Nampak jiran macam ‘okay’ tetapi kita belum tentu dan tahu keadaan ekonomi mereka, jadi saya bantu mereka secara percuma dengan mempromosi produk mereka jika diminta,” menurutnya.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose
Sumber: freemalaysiatoday via isseyfazlisham