Tular di media sosial apabila netizen mula meluahkan mengenai tahap kebersihan di tempat rekreasi di Batu Layar Kota Tinggi yang mempunyai terlalu banyak sam.pah. Luahan tersebut mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Seorang netizen di Twitter yang dikenali dengan nama @Asyikin Mustaffa memberitahu bahawa tempat rekreasi terkenal tersebut semakin penuh dengan sam.pah sarap yang dilakukan oleh pengunjung yang hadir.
“@HRHJohorII just nak bagitau tempat rekreasi di Batu Layar Kota Tinggi terlalu banyak sangat sam.pah sarap, orang dtang berkelah dan buang sam.pah merata-rata..dan orang boleh berkelah di tepi-tepi sam.pah..Saya harap ramai ada kesedaran untuk menjaga laut kita.”-Tweet @AsyikinMustaffa
Mendapat Res.pon TMJ
Dipetik dari laman Twitter rasmi Tengku Mahkota Johor, baginda akan meminta lapo.ran penuh dari pejabat daerah, dan akan memastikan Pegawai Daerah mengambil tin.dakan sewajarnya.
“Saya akan minta laporan penuh dari Pejabat Daerah, dan akan memastikan Pegawai Daerah mengambil tindakan sewajarnya.
Saya juga akan minta Kerajaan mendidik masyarakat kita untuk menjaga kebersihan alam sekitar, kesihatan, demi negeri dan kesejahteraan rakyat.”-Tweet TMJ
Netizen Luah Rasa Ke.sal
Tinjauan Murai.my di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa ke.sal dengan keadaan di tempat rekreasi tersebut.
“Memang sangat betul Tuanku. Saya pergi ke situ minggu lepas, sangat kotor dan amat mem.alukan. Sampai tak sanggup nak ambil gambar. Tengok sahaja langsung balik.”
“Se.dih orang Malaysia bersikap sebegini, tak tahu tanggungjawab jaga kebersihan persekitaran..Di Stulang Laut tu pun kalau lalu pepagi nak menikmati pagi dengan anak-anak kat situ tapi air banyak dengan sampah. Terus tak jadi nak bagi anak-anak turun jalan-jalan kat situ. Sungai-sungai pun perlu dititikberatkan.”
“Memang benar Tuanku, semalam saya baru singgah sana. Pusat rekreasi pantai batu layar semakin hari semakin teruk kotor dengan sampah. Harap Tuanku dapat ambik tind.akan yang t.egas dan cek.ap..” ujar mereka
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: Muraimy