Sebut sahaja nama ‘Mamat Exists’, pasti ramai mengenali nya dengan lagu lagu yang mengimbau masa 80an 90an. Mamat atau nama sebenar nya Mohd Ali Kamarudin sentiasa mendapat perhatian peminat peminat muzik tanah air kerana lagu lagu nya masih lagi dimainkan dan juga ada yang menjadi siulan generasi muda waktu kini. Menerusi satu klip durasi pendek yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Rock Kapak, klip ini Mamat menyanyikan lagu beliau yang berjudul ‘Rahsia Pohon Cemara’ secara akoustik.
Namun, disaat Mamat melontarkan vokal nya pada korus lagu, kelihatan seperti suara Mamat tidak begitu sempurna dan ada yang memberikan komen ‘terkucil’. Oleh itu, netizen tidak mempertikaikan kebolehan mamat, sebaliknya mengatakan mamat tetap ‘lagenda’.
Lihat klip dibawah:
View this post on Instagram
Lihat juga apa kata orang ramai:
@Russell Darwish:bila dengar lagu2 exist ni mulalah rasa nk undur kembali zaman remaja semula aduhh bnyak sangat kenangan dn memori yg tk mungkin dpt di lupakan
@kakitersepit:masa remaja xkan kembali…terlalu byk kenangan silam yg terindah.
@mawar:sebutan rrr tu jgn lebih.. memang terbaik mamat.. mmg suka sgt suara dia
@ahfengkoy:Dulu mak aku minat gile gn vokalis exist ni. dh keluar dr perut mak aku terus melekat nama mamat
@Al Fateh Musli:andai dpt ku undurkan masa itu sudah pasti aku akn kembali pd masa lalu,tapi itu semua mustahil,biarlah masa lalu itu menjadi satu kenangan indah.
@ʞǝɹǝƃ ɐpnp:X boleh pertikai kan even terkucil .dia Ttp lejen .mmg lagi best suara masa dia bdk2.
@zamsilverscreen:kantui sket je ..xkesah pn..yg penting brader dh sinari hari² kami tahun 1980 an hingga 1990
“Sy msih lg dlm program yg dianjurkn oleh pihak pengurusan AADK.” Demikian kata penyanyi Mamat Exists, 44.
“Mereka akn whatsapp dan mesej dan saya akan pergi. Mereka tak melarang apa-apa. Insya Allah alhamdulillah.”
“Sebab kita pun tiada buat apa-apa tanpa pengetahuan. Namun ke hulu ke hilir memang tak boleh. Apapun tunggu mereka akan nilai baru akan dibebaskan. Tunggu saja keputusannya,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Resolusi Exists di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort.
“Mereka akan dapat detail secepat mungkin, apa yang berlaku kepada diri kita. Jadi tak susah kerana saya pun bukan orang tak kenal.
“Orang yang mereka tak tahu dia duduk, dia pergi mana. Itu lagi susah. Mereka tahu di mana saya ada, kat mana saya duduk. Itu lagi mudah.
“Alhamdulillah… dengan program dan konsert yang ada saya rasa karier lebih teratur,” katanya.
Akuinya, perjalanan kehidupannya sekarang lebih senang.
“Saya dah buat persiapan untuk masa depan. Saya mahu berubah ke arah lebih baik. Kehidupan peribadi kita memang saya simpan.
“Namun kegiatan seni saya perlu dikongsi dengan peminat. Saya milik masyarakat dan tutup macam mana pun mereka akan tahu.
“Saya rasa lebih tenang dan relax. Saya pun dah berusia. Tumpuan saya penuh komitmen terhadap kerja-kerja saya,” katanya.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: HM