Penyanyi senior, Datuk Awie mendedahkan tahap kesihatannya kini telah pun beransur pulih dan dia juga dinasihatkan untuk tidak terlalu memikirkan mengenai peny4kit mist3ri yang pernah dialaminya sebelum ini.

Jelas Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, selepas menjalani beberapa siri rawatan, dia sebolehnya mahu melawan peny4kit tersebut dengan cara yang lebih berhemah dengan mendekatkan dirinya dengan agama.

“Alhamdulillah, keadaan saya baik-baik sahaja. Selepas banyak kali berubat, saya dinasihatkan untuk lupakan perkara yang mengh4ntui saya.

“Setakat ini saya okay sahaja. Hari demi hari saya cuba bertahan tapi ada kalanya, ada juga yang datang mengg4nggu.

“Baru-baru ini saya juga ada rasa seperti dig4nggu tapi saya lawan secara berhemah dan seperti orang yang beriman.

“Kalau kita lawan dengan cara ‘b0doh’, saya akan jadi seb0doh orang itu juga. Saya tak nak jadi b0doh macam dia. Cukuplah…,” katanya kepada MH.

7CAAC0C1 6789 4614 8662 47BBAEC115DB D0E24BFD B565 4959 9320 0F54BE9116CF

Katanya lagi, pada ketika ini, dia hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap keluarga serta kerjayanya sebagai seorang anak seni.

“Sekarang ini, saya cuma fikirkan untuk besarkan anak saya yang baru lahir. Saya mahu ada satu keluarga yang bahagia.

“Saya juga hanya nak kerja untuk masa depan yang lebih baik dan menghiburkan mereka yang menyokong saya,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Datu Awie mendedahkan dia kini berhasrat untuk menubuhkan ‘School Of Rock’ bagi mencari pelapis dan bakat-bakat baru yang mampu meneruskan legasi band-band rock tanah air seperti Wings dan Search.

95270B63 F965 4571 9E3E 7AB90B154CD6

“Sekarang pula saya sedang merancang untuk mengembalikan muzik-muzik lama seperti zaman dulu. Saya ingin tubuhkan ‘School Of Rock’.

“Di sana saya akan melahirkan bakat-bakat baru dan gilap kebolehan mereka supaya mereka boleh dapat apa yang kami pernah kecapi

“Ilmu-ilmu seperti ini tak semua orang ada, jadi saya nak curahkan segala ilmu untuk melahirkan seorang penyanyi atau band terbaik atau dalam erti kata lain ‘The Best Malaysian Rock Band’.

“Ketika ini segalanya masih lagi di dalam proses kertas kerja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Awie bakal muncul dalam episod terbaru Media Hiburan Throwback yang akan bersiaran pada jam 9 malam ini di saluran Astro Prima dan Prima HD.

Program yang dihoskan pengacara, Radin Era itu akan menyingkap segala kisah p4hit manis Awie sepanjang bergelar anak seni.

Sumber: MH

Previous article[VIDEO] “Abah, Bagi Pihak Rakyat Malaysia Tol0ng Tonton Video Ni S4mpai H4bis” – Rebecca
Next article“Kau Peliharalah Suamiku…” – Lisdawati Kngsi Video Suami Dilangg4r Kereta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here