KETIKA negara masih dilanda pand3mik, tidak semua suami berpeluang menemani isteri masing-masing di dalam bilik bersalin berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan C0vid-19.

Namun lain pula dengan pelakon Nazrief Nazri apabila dia dapat merasai pengalaman menyambut kelahiran cahaya mata sulung kira-kira pukul 1.12 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

Menurut Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 30, kehadiran bayi lelaki menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha adalah hadiah bermakna buat dia dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan.

“Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin secara normal pada pukul 1.12 pagi, hari Arafah (Isnin). Dia berada dalam dewan bersalin pun tak lama, kurang empat jam.

Sequence 01.00_02_55_22.Still006Isteri Nazrief bersama anak lelaki mereka.

“Saya dapat teman isteri bersalin sebab dah dapat sunt1kan vaks1n serta jalani swab test dan keputusannya negatif. Saya tak gementar sangat tapi lebih kepada teruja.

“Saya dah niat untuk beri semangat dekat isteri ketika proses kelahiran dan dia pun banyak buat research sebelum bersalin, jadi dia sudah tahu cara yang betul untuk push baby,” katanya ketika dihubungi mStar.

Saya dapat teman isteri bersalin sebab dah dapat sunt1kan vaks1n serta jalani swab test di mana keputusannya negatif.

NAZRIEF NAZRI

PELAKON

Selain itu Nazrief berkata amat sukar untuk menggambarkan perasaannya pada ketika in apabila dia sudah menjadi seorang bapa.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya saat melihat bayi kami dilahirkan… tapi memang rasa sangat luar biasa tak boleh nak ungkap. Macam tak percaya dah ada anak sendiri.

saya potong tali pusat dan tengok dia keluar nazrief nazri syukur dapat teman isteri bersalin sambut kelahiran bayi lelaki hiburan mstar 60f67e6586479

Usia perkahwinan Nazrief sudah memasuki tahun kedua.

“Allah permudahkan semuanya. Saya dapat pot0ng tali pusat dia dan tengok dia keluar daripada ibunya. Sudah tentu saya rasa syukur sangat baby sihat dan muka dia memang gabungan kami berdua.

“Buat masa kini nama panggilan dah ada… nama penuh belum ditetapkan lagi. Akaun Instagram juga akan ada dalam masa terdekat tapi itu saya serahkan semua dekat isteri sampai dia sihat nanti,” ujarnya.

Nazrief mendirikan rumah tangga dengan Aizatul, 27, pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:mstar

Previous article[VIDEO] ‘Nak Tak Saya Sewakan Rumah Untuk Pakcik & Kucing-Kucing Semua…’ – Ebit Lew
Next articleTak kenal maka tak cinta! Dulu jejaka ini suka pergi mall, tengok wayang.. selepas pindah ke Miri hati terpaut dengan keindahan alam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here