“saya nak bukak tudung sambil rakam”- Kenyataan seorang wanita untuk berbuat demikian ditepis oleh rakan berbangsa cina

Menerusi satu klip video yang berdurasi hanya beberapa saat dan dikongsikan oleh seorang wanita yang merupakan seorang yang dikenali ramai tular kerana kenyataannya yang ingin membuka tudungnya di khalayak ramai. Video tersebut menjadi bualan ramai kerana beliau merupakan salah seorang hijabista yang dikenali ramai dan tidak menyangkakan ayat tersebut keluar dari bibir wanita tersebut..

Difahamkan, beliau hanya ingin melihat reaksi seorang rakannya yang berbangsa cina ketika beliau menyatakan ingin berbuat demikian. Kata beliau, sebelum ini rakannya itu sangat menjaga aurat beliau walaupun berlainan bangsa dan beliau ingin berkongsikan sikap bertangunggjawab seorang rakannya kepada semua para netizen. Telatah rakannya apabila mendengar kenyataan beliau ingin membuka tudung sangat mengejutkan dan sedikit terhibur. Sifat prihatin dan saling menjaga rakannya itu buat semua terharu..

Video penuh boleh disaksikan di:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen diberikan seperti :

@Ahmd Sbh Baraqbah:Actually i cried inside after watching this. Mimik muka chinese tu pun, kita tau dia sgt ikhlas nasihat Ya Rabb, moga hidayah buat dia

@Rajahuzairi:aku pun ada member india, tgh lepak time magrib, tibe² dia tegur, eh bro lu bukan skrg masa solat ka bro?… perghh sentap kejap… terus balik rumah.

@Hawa_Manja85:jaga baik2 yer akak kawan yang cenggini memang susah nak dapat dah sekarang,saya dah hilang kawan macam akak dulu saya ada dua org shbt gini jg.

@cik alin82:hahhaha..dlu saya pon ada bff Chinese..klau kite buat Salah dia suke nasihat

@Hasimah Missman:beruntunglah kalo dapat SAHABAT mcm ni..Tolong jaga perSAHABATAN ni sampai bila²..

@Ninie Isyana:Bagusnya ada kwn mcm tu .. tgur kita buat salah wlaupon dia non-muslim ..

@adizahbakar:untung nya u dpt kwan gtu..

Beginilah sikap yang harus dititikberatkan antara kaum di Malaysia. Sikap antara gadis ini perlu manjadi contoh dan tauladan yang baik untuk tidak saling menjatuhkan dan menghormati status sesama sendiri. Telatah rakan beliau yang berbangsa cina yang tangkas memegang tudung wanita untuk membuat percubaan menutup membuatkan beliau menerima pelbagai pujian..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*