“Saya Nak Awak Seksa Hanim…” -Lakonan Nelydia Senrose Digelar Watak ‘Psiko’, Dlm Drama Khilaf Asmara

Khilaf Asmara sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Uchee Fukada, dibintangi oleh Nelydia Senrose, Fasha Sandha, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad.

Drama ini mengisahkan Aizat dan Hanim hidup bahagia sebagai suami isteri. Aizat seorang suami yang penyanyang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Hanim membuat keputusan untuk menceburi bisnes setelah dia berjumpa dengan adiknya, Irma seorang pengusaha yang menjalankan bisnes berjaya dengan suaminya bernama Luqman. Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan dengan Luqman dan mereka berdua mula mengadakan hubungan sulit. Apabila rahsia itu mula terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim.

Dalam video klip ini menunjukkan, babak lakonan Nelydia Senrose memegang watak sebagai Irma dan membuatkan orang ramai tidak sangka dengan sikapnya sebegitu. Watak Irma digelar psiko kerana berjaya menipu kesemua penonton, diumpamakan ‘Pijak Semut Pun Tak Mati’ dengan lemah lembutnya, bersikap tulus dan baik hati. Berjaya menarik perhatian penonton.

Lihat klip durasi pendek drama Khilaf Asmara:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@rynntasha:jiwa irma mcm tkde perasaan dh,sbb dia tlalu sakit tanggung derita,in the end dia jd saiko..good for her..hahaha..baru nie aku tgk drama best

@Kopi ke Milo?:Kena faham kenapa Irma tu kejam sampai mcm tu sekali. Kalau aku pun sakit hati

@ssabrriina:Irma dendam dgn hanim since hanim and aizat ,bukan sbb luqman sbb tu dia pura2 baik waktu hanim cerai dgn aizat huhu

@randoymdramas:most of the main cast villain yaa dalam drama ni aahhhh sumpahhh ibgat naive bethol la irma ni rupanya dia la yg minta saiful seksa hanim

@user4505547575138:orang klau betul2 sakit hati dia akan buat apa saja untuk balas dendam pada orang yg buat jahat dekat dia

@mizzzss:bila kite x kacau org, tapi org yg sengaja kaco idup kite, dia punye dendam mmng lain macm tauuu

Netizen turut memberi komen tentang drama ini mengatakan watak Irma berlaku kejam kerana dia pernah menyukai Aizat pada masa dahulu, sehingga suaminya Luqman pun di rampas dengan orang yang sama. Ada juga mengatakan lakonan Nelydia Senrose sememangnya berbakat, dan mendapat pujian ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 319.2K penonton, 22.9K sukaan dan 135 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*