Pelakon Siti Saleha akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.
Menurut Siti Saleha, dia akui telah memfailkan kes cerai berkenaan.
“Yes, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah.
“Selanjutnya, saya tak mahu komen. Terima kasih,” katanya ringkas kepada Gempak.
Untuk makluman, isu pergolakan rumah tangga itu tercetus selepas Siti Saleha selaku plaintif didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.
Difahamkan, prosiding dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi.
Malah prosiding itu turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35. Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.
Terdahulu, Siti saleha ada menjelaskan setiap pasangan harus ada sikap toleransi.
Lelaki memang begitu – Siti Saleha
Tiada siapa yang mahukan mahligai yang terbina atas dasar cinta dan kasih dilanda taufan, begitu juga dengan dirinya.
“Sebagai orang Islam, saya percaya tentang kisah Hawa yang dijadikan daripada tulang rusuk Adam. Dari situ sudah jelas, lelaki dan wanita dicipta untuk saling melengkapi.
“Benar lelaki lebih kuat, tetapi tiada istilah siapa lebih hebat atau siapa lebih kuat antara lelaki dengan wanita,” ujarnya.
Terpanggil bercerita tentang kenyataan biasa-biasa, ‘wanita kena jadi bodoh-bodoh sikit’ supaya jodoh datang cepat yang tiba-tiba menjadi sensasi oleh pakar motivasi, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Saleha berpendapat bahawa setiap individu mempunyai pandangan tersendiri untuk memahami konteks tersebut.
Penyataan tersebut jika diajukan kepada masyarakat Melayu, khususnya, mereka tidak akan terasa sangat jika faham makna yang cuba disampaikan.
“Dalam apa jua perhubungan, kena ada sikap saling hormat-menghormati antara lelaki dan wanita.
“Untuk pasangan yang telah berkahwin, masing-masing ada ‘tugas’ dalam rumah tangga.
“Secara realiti, sebenarnya lelaki memang sukakan perempuan yang sangat bergantung dan mengharapkan lelaki. Tetapi tidak bagi saya,” katanya.
Jelas pelakon cantik kacukan Melayu-Inggeris itu, dalam kehidupan mencabar hari ini, persepsi sebegitu perlu diubah.
“Sebab itu saya selalu ingatkan kepada diri sendiri untuk berdikari. Kita tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada lelaki semata-mata.
“Kena ingat bahawa mereka (lelaki) juga mempunyai nafsu dan apa sahaja boleh terjadi di kemudian hari. Sebagai manusia, membuat kesilapan itu adalah lumrah,” jelasnya.
Dalam meniti kehidupan mencabar pada hari ini, Saleha tampak optimis tentang situasi semasa ketika dunia dilanda Covid-19.
Namun sejauh mana pun dia cuba berfikiran positif, jauh di sudut hati Saleha sukar membendung rasa bimbang memikirkan tentang tahap kesihatan mental masyarakat untuk berdepan dengan wabak maut tersebut.
Bagi Siti Saleha, dia percaya bahawa sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, banyak pihak terkesan sehingga ada yang terganggu dari aspek tahap kesihatan mental.
“Saya percaya ada antara kita mula mengalami gangguan mental disebabkan Covid-19. Kita tidak lagi bebas seperti dahulu.
“Sektor ekonomi terganggu sehingga menjejaskan pendapatan dan akhirnya memberi kesan kepada kesihatan mental seseorang,” ujarnya.
“Rakan-rakan artis turut terkesan. Abang saya sendiri, Sam Bunkface misalnya juga mengalami nasib serupa.
“Sebagai penyanyi, susah untuk dia mendapat ‘job’ di pentas ketika pandemik. Berbanding pelakon yang masih lagi ada tawaran kerja. Jadi apa yang dia buat sekarang adalah dengan berniaga,” tuturnya.
Mengharungi saat genting seperti sekarang, Saleha sendiri turut memulakan langkah dengan berjimat cermat.
Suaminya, Ahmad Lutfi Azhar juga sering menasihatinya untuk menyimpan bagi kegunaan kecemasan.
“Saya sekarang ini amalkan gaya hidup berjimat-cermat. Jadi, saya tidak akan berbelanja untuk benda yang tidak perlu.
“Selain itu saya juga ada membuat pelaburan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sejak beberapa tahun lalu,” katanya.
“Tujuan saya menjayakan watak mencabar itu adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai jenayah penipuan.
“Saya harap sebaik melakonkan watak ini saya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian.
“Saya jayakan watak ini dengan kerelaan hati dan terbuka bagi mengembangkan lagi bakat seni dalam diri,” ujarnya.
Demi menjayakan watak Amy, Saleha sanggup memakai solekan yang tebal termasuklah kuku palsu.
“Watak Amy memang sangat berbeza dengan karakter yang saya pernah pegang sebelum ini. Amy memerlukan saya berdandan lebih sebab dia seorang yang sangat bergaya,” jelasnya
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: k0sm0