Connect with us

Entertainment

“Saya Dengan Mama Memiliki Pandangan Yang Berbeza “-Cik B

Published

on

PETALING JAYA – Sejak akhir-akhir ini, nama usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai Vida h4ngat menjadi bualan netizen dalam media sosial.

Semuanya gara-gara nasihatnya agar rakyat negara ini jangan malas untuk berusaha dan tidak terlalu bergantung harap dengan bantuan yang diberikan.

Kredit ig:Cik B

Ekoran kenyataan tersebut, anak sulungnya yang juga penyanyi dan usahawan, Cik B turut terkena tempias dalam media sosial.

Namun, tempias yang diterimanya bukanlah kec4man tetapi luahan kek3cewaan segelintir rakyat Malaysia mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh ibunya.

PENJELASAN Cik B mengenai luahan kekec3waan ramai terhadap ibunya.

Hasil tinjauan dalam komen Instagramnya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, memberitahu dia dan ibunya merupakan dua individu yang memiliki pandangan berbeza.

Penjelasan tersebut ditulisnya selepas seorang pengikut berharap Cik B memahami mengapa netizen mengkritik ibunya.


“Kehadapan Cik B, saya harap awak lebih faham mengapa ramai yang mengkritik ibu awak mengenai isu minta bantuan. Kec3wa,” tulis netizen berkenaan.

Balasnya, walaupun mereka berdua memiliki pendapat berbeza, dia tetap menanggap ibunya sebagai seorang yang mengagumkan.

“Saya harap orang ramai faham bahawa saya dan ibu merupakan dua orang yang berbeza.

“Dia layak untuk memberi pendapat namun tidak bermakna kami memiliki pandangan yang sama. Mama seorang individu yang hebat dan saya tetap menghormatinya,” balasnya.


Sebelum ini, Kosmo! turut melap0rkan Cik B turut tidak ketinggalan melakukan kerja amal apabila tampil menghulurkan bantuan kepada golongan terj3jas pendapatan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) di sekitar Ipoh, Perak.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara