HANYA kotak kadbod biasa, namun isi di dalamnya cukup membuatkan seorang ibu berlinangan air mata.

Reaksi wanita itu pada awalnya begitu teruja, kemudian tidak mampu menahan sebaknya kerana kejutan yang tidak disangka-sangka.

Suami kepada wanita berkenaan kemudian menenangkannya, yang begitu beremosi ketika menerima hadiah seekor kucing berwarna oren.

Drama air mata itu ditunjukkan menerusi satu klip video berdurasi 50 saat, yang dimuat naik oleh seorang gadis di laman Twitter sehingga diulang kicau lebih 16,000 kali.

satu famili hanya ada kurang 24 jam untuk buat kejutan tiba saatnya emak terus sebak walau sekadar bergurau ibu selalu sebut nak oyen viral mstar 5fd44664ef284

Kucing oren yang diberi nama Simba.

Gadis berkenaan, Nurul Fatihah Abd Ghaffar berkata, kejutan itu dibuat sempena hari ulang tahun ke-57 ibunya, Hartini Hussin yang jatuh pada Ahad, 6 Disember lalu.

Namun katanya, sambutan dibuat oleh keluarga lebih awal pada Jumaat lalu, berikutan ibu bapanya mempunyai perancangan lain di Kuala Lumpur dari Sabtu hingga Isnin.

“Sejak saya kecil lagi, keluarga memang bela kucing dan sebelum hari jadi ibu, dah ada dua ekor kucing di rumah.

“Kucing tu diberi oleh pemilik lain, bukannya dibeli. Semua kucing sebelum ini warna putih atau hitam, belum pernah ada kucing oren,” ujarnya yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan kepada mStar.

satu famili hanya ada kurang 24 jam untuk buat kejutan tiba saatnya emak terus sebak walau sekadar bergurau ibu selalu sebut nak oyen viral mstar 5fd4466525aad

Hartini (duduk) memegang Simba, sambil diperhatikan suaminya.

Kata Fatihah, ibunya membuat ‘kejutan’ menerusi satu mesej mengenai permintaan hadiah hari jadinya sehari sebelum sambutan yang dirancang.

“Ibu tiba-tiba hantar mesej dalam grup WhatsApp famili bergurau teringin nak kucing warna oren. Ibu siap kongsi gambar seekor kucing oren baka Scottish Fold yang harganya antara RM850 sehingga RM25,000.

Kami adik-beradik termasuk ayah cuba untuk memenuhi permintaan tersebut. Apa yang penting melihat ibu gembira

NURUL FATIHAH ABD GHAFFAR

“Walaupun ibu sekadar bergurau, tapi kami adik-beradik termasuk ayah cuba untuk memenuhi permintaan tersebut sempena hari jadinya.

“Isu yang timbul adalah mana nak cari kucing oren kurang dari 24 jam. Sama ada dah terjual atau tak jadi jual,” katanya yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik.

satu famili hanya ada kurang 24 jam untuk buat kejutan tiba saatnya emak terus sebak walau sekadar bergurau ibu selalu sebut nak oyen viral mstar 5fd446654b199

Kucing kacukan Parsi dan American Exotic Shorthair.

Fatihah bagaimanapun berkata, mereka akhirnya berjaya menjumpai penjual kucing warna oren pada saat akhir dengan harga RM1,000 dan menyembunyikannya di bilik abang.

“Ibu memang tak sangka ada kejutan kucing oren atau orang selalu panggil ‘oyen’ sebab ibu hanya bergurau pasal hadiah hari jadi tu.

“Walaupun ibu sekadar bergurau, tapi sebelum ni ibu selalu sebut-sebut nak oyen. Jadi kami sekeluarga nak gembirakan ibu dengan hadiahkan oyen,” katanya sambil menambah kucing oren itu adalah kacukan Parsi dan American Exotic Shorthair dan diberi nama Simba.

satu famili hanya ada kurang 24 jam untuk buat kejutan tiba saatnya emak terus sebak walau sekadar bergurau ibu selalu sebut nak oyen viral mstar 5fd4466561561

Fatihah (belakang, dua dari kanan) bersama keluarganya.

Menurut Fatihah yang bekerja sebagai content writer, mereka sekeluarga memecah tradisi dengan membeli kucing sebagai hadiah hari jadi ibu.

“Bila ibu menangis terkejut dapat Oyen, kami pun turut menangis. Syukur, rancangan menjadi… berjaya kejutkan ibu. Apa yang penting, melihat ibu gembira,” katanya.

https://twitter.com/i/status/1335078307482636288

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Previous articleAiman Hakim Dikec4m Gara2 Tayang Aurat Isteri
Next articleUmie Aida Dapat Menantu Pertama, Anak Lelaki Selamat Bernikah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here