Connect with us

Viral

Sharnaaz Kritik Sup Jolo Aliff Shukri, Shahida Balas; “Bercakap Yang Baik Pun Tak Salah Sebenarnya”

Published

on

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil bersuara ekoran kritikan yang dibuat aktor Sharnaaz Ahmad mengenai Sup Jolo keluaran produk suaminya.

Menurut Shahida, setiap orang mempunyai citarasa dan pandangan yang berbeza.

Tambahnya, sebelum ini dia kerap kali membuat ulasan (review) makanan namun lebih memilih untuk memberi komen yang baik.

“Terpulang pada citarasa dan pandangan individu. Lain orang lain rasa dan cara. Saya sendiri selalu saja review makanan orang bagi pada saya. Tak ada bayaran pun.

“Tapi saya tak pernah review yang buruk-buruk sebab tak sedap di tekak saya. Mungkin sedap di tekak orang.

“Sedap di tekak saya, tak tentu sedap di tekak orang. Jadi bercakap yang baik-baik pun tak salah sebenarnya,” katanya.

Shahida menjawab pertanyaan pengikut menerusi ruangan Ask Me Question pada Sabtu.

“Sharnaaz ada komen pasal sup jolo Aliff Syukri. Apa komen datin?” tanya individu yang tidak diketahui identitinya.

Sebelum ini, Sharnaaz menerusi saluran Youtubenya telah mencuba dan merasa Sup Jolo Aliff namun bengang dengan rasa makanan tersebut. Video tersebut juga telah menarik perhatian cef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG shahidadherbs

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara