Connect with us

Entertainment

Belum Selesai Isu Pencer4ian, Terkini Sakinah Did4kwa Bercinta Dgn Jejaka Inggeris Pulak..

Published

on

KUALA LUMPUR: Berkongsi tarikh lahir sama, pelakon, Sharifah Sakinah, 31, semakin rapat dengan seorang jejaka Inggeris.

Tanpa berselindung, Sakinah berkata, dia menyenangi jejaka berusia 41 tahun, bagaimanapun tempoh perkenalan masih terlalu awal untuk ditafsirkan.

Mengulas kehidupan selepas berc3rai pada Mei lalu, Sakinah berkata, dia lebih memandang ke depan dan telus.

“Saya gembira dengan apa dilalui hari ini. Ya, saya akui semakin rapat dengan lelaki Inggeris itu.

“Dia baik, malah kami berkongsi tarikh lahir sama. Jadi, kami boleh dikatakan serasi. Usia pula berbeza 10 tahun.

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati,” katanya kepada BH Online.

View this post on Instagram

Gi aner antat?

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Pelakon drama telefilem Girlfriend Aku Dari Ner4ka itu berkata, dia dan bekas suami, Aliff Adha bergilir-gilir menjaga anak, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

“Seminggu Anais bersama saya, kemudiannya seminggu bersama bekas suami.

“Anais masih terlalu n4if untuk memahami apa yang berlaku pada saya dan bekas suami. Bagaimanapun, kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak,” katanya yang ditemui pada majlis mengumumkan pemenang cabaran menurunkan berat badan 18 hari saja anjuran produk kesihatan, Whollyfitz.

Pada majlis berkenaan, ‘buah hati’ Sakinah juga turut hadir untuk memberi sokongan kepadanya.

Sumber: BH

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara