Connect with us

Artis

Rmai Trkejut Tmat Kontrak Penyampai Radio, Mark Adam kini Jadi Pak Guard?- ‘Fikir Keluarga dikampung’

Published

on

GARA-GARA memuat naik foto memakai pakaian seragam pengawal keselamatan, peminat beranggapan pelakon Mark Adam sudah menukar bidang kerjayanya.

Menurut Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, dia tidak terasa hati dengan komen netizen sebaliknya berasa bangga dapat memakai pakaian tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079)

“Bila saya post gambar saya pakai baju security guard itu, memang ada netizen komen ingat saya memang sudah tukar bidang kerja.

“Ada yang komen itu doakan saya bekerja dengan baik. Orang ingat saya kerja sebagai pengawal keselamatan selepas berhenti dari stesen radio.

“Tapi saya tidak rasa kecil hati pun malah berbangga bila memakai baju pengawal keselamatan itu sebab terus rasa semangat,” kata Mark kepada mStar.

Komen rakann selebriti:

“Tengah sekali winn habiss..”

Mark Adam ditemui ketika majlis ulang tahun Aeon yang ke-37 tahun di Aeon AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sejujurnya, watak itu bukan mudah untuk dilakukan.

Penyanyi lagu Marry Me itu memakai pakaian pengawal keselamatan disebabkan wataknya dalam sitkom Aeon berjudul Sayap Bagimu yang akan ditayangkan di TV3.

Dalam pada itu, Mark turut mengakui bukan mudah untuk membawa watak pengawal keselamatan dan menganggap pekerjaan tersebut mempunyai disiplin yang tinggi.

“Untuk sitkom Aeon, saya memegang watak sebagai pengawal keselamatan. Sejujurnya, watak itu bukan mudah untuk dilakukan.

Mark Adam bergandingan dengan Alif Satar dalam sitkom Sayap Bagimu.

“Saya kena banyak buat research dan tanya pengarah macam mana nak bawakan watak itu. Bila saya post gambar di Instagram, ada juga pengikut yang share tip.

“Mereka yang bekerja sebagai security guard menegur saya macam mana cara yang betul memakai pakaian seragam itu dan disiplin.

“Sebenarnya kerjaya itu sangat berdisiplin. Saya sangat seronok dapat bekerja dengan watak ini,” ujarnya.

Banyak tanggungan… Mark Adam sedia cabar diri ‘terjun’ ke pelbagai bidang seni – “Saya fikir tanggungjawab terhadap keluarga di kampung”

DEMI mencari rezeki untuk keluarga, penyanyi Mark Adam berkata dia sedia untuk menceburi mana-mana bidang seni termasuklah kerjaya sebagai penyampai radio jika diberi peluang sekali lagi.

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah berkata, dia akan menerima apa saja tawaran kerana menganggap ia sebagai peluang keemasan untuk mencabar dirinya.

“Saya tidak pernah serik, apatah lagi berputus asa kerana saya anggap setiap tawaran yang diberikan adalah amanah. Apa jua yang terjadi, saya lihat sebagai pelajaran.

Mark bersama isterinya.

“Jika ada tawaran dalam bidang pengacaraan, pelawak, penyampai radio atau penyanyi, saya terima. Semua itu saya anggap sebagai rezeki daripada Allah SWT.

“Saya bukan saja mempunyai isteri, malah turut memikirkan tanggungjawab ahli keluarga serta ibu di kampung halaman. Jadi saya tidak mahu memilih atau menyesali apa yang berlaku.

“Paling penting adalah perancangan hidup untuk bergerak lebih jauh ke hadapan. Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja,” kata Mark kepada mStar.

Paling penting adalah perancangan hidup untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.

Mark berkongsi perkara itu ketika di sidang media Ceria Xtra #DudukRumah yang akan bermula pada 10 September menerusi Astro Ceria.

Rancangan yang dihoskan oleh Wafiy itu turut menampilkan selebriti popular seperti Ajak Shiro, Nabila Huda, Sean Lee, Atu Zero, Sarah Suhairi dan Shahrol Shiro.

Dalam pada itu, penyanyi Marry Me ini berkata dia semakin fasih bertutur dalam bahasa Melayu selepas enam bulan berkhidmat penyampai radio Hot FM.

“Saya merancang untuk memperbaiki bahasa Melayu saya supaya lebih fasih dan itu dibuktikan semasa menggalas tugas ketika bersama stesen radio tersebut.

“Selama tempoh enam bulan menjadi penyampai radio, bahasa Melayu saya semakin baik. Saya tak akan berhenti untuk belajar lagi walaupun sudah tidak bekerja di radio sekarang ini.

“Saya masih banyak membaca selain banyak tengok pengacara-pengacara beraksi dan bertutur dalam bahasa Melayu,” ujarnya.

Komen Netizen:

“Mar.ah tu lawak habis..”

“Power lahh..”

“Aduii terlepas tisu la pulak..”

Pada 16 Julai lalu, Mark dan Fizie terpaksa meninggalkan konti stesen radio tersebut apabila kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: greennews24h, IG Mark Adam

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara