Awal pagi tadi tular kisah seorang rider menemui ajal akibat sebuah nhas jalan raya yang disebabkan oleh individu memandu di bawah pengaruh minuman keras. Penghantar makanan yang dikenali sebagai Mohamed Zaili Mohamed berusia 44 tahun itu baru sahaja dalam perjalanaan pulang daripada mencari rezeki.

Tidak akan maafkan, nyawa tak boleh diganti dengan wang

Memetik laporan Harian Metro, isteri kepada rider terbabit iaitu Zahlawati Zahlan enggan memaafkan individu yang bertanggungjawab terhadap kematian suaminya itu. Menurut wanita berusia 47 tahun berkenaan, dia kini telah hilang arah dan punca setelah pemer gian A||ahyarham pagi tadi.

Hubungi suami sebanyak 5 kali tetapi gagal

Sekitar jam 1.30 pagi tadi, Zahlawati telah cuba menghubungi si suami sebanyak lima kali namun panggilannya tidak dijawab. Panggilan keenam ibu kepada 5 orang anak ini akhirnya dijawab oleh orang awam dan barulah dia dimaklumkan mengenai nhas yang menimpa si suami di sebuah lebuhraya awal pagi tadi.

Pihak kerajaan perlu ketatkan lagi undang-undang

Selain itu, isteri kepada Allahyarham berkenaan turut meminta pihak berkuasa untuk mengetatkan lagi undang-undang ke atas golongan yang sering memandu ketika dipengaruhi alkohol. Tindakan segera patut diambil dan jika ini berterusan, ramai lagi akan kehilangan orang tersayang seperti yang dialami olehnya kini.

Sumber: Erinsakura

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Next articleAksi anggota tergolek motosikal tarik perhatian warganet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here