“Rezeki bahagiakan ibu”- Adik ‘sponsor’ kakak pergi umrah diam diam, ini respon si kakak bila dapat tahu

Menerusi satu klip yang hanya berdurasikan beberapa saat, seorang pemuda berkongsikan berita baik dari keluarganya untuk dijadikan satu kenangan terindah. beliau berkongsikan satu majlis yang diraikan oleh keluarga mereka dan mengumumkan siapakah gerangan yang bertuah untuk pergi ke umrah bersama ibu mereka.Perkongsian beliau di aplikasi Tiktok membuatkan para netizen terharu dengan segala pengorbanan yang dilakukan oleh keluarga itu hanya untuk membahagiakan si ibu.

Difahamkan beliau meraikan satu majlis kesyukuran untuk keluarga mereka dan ingin mengumumkan berita terbaik dimana nama nama yang terpilih untuk mengerjakan umrah pada tahun ini dimiliki oleh siapa. Ketika mengumumkan nama terakhir, pelbagai sorakan diberi kerana nama tersebut tidak disangka sangka akan terpilih mengikuti untuk mengerjakan umrah. Tangisan si kakak apabila menyaksikan nama beliau terpampang di depan terus air matanya berlinangan kerana beliau tidak menyangkakan namanya dipilih..

Video penuh boleh disaksikan di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen dan reaksi diberikan seprti :

@Mimi Shamila:rezeki membahagiakan ibu….tahniah sis Dan tahniah buat adik bongsu membahagiakan seorang kakak

@아이다_:kakak dia mesti sebak.x sangka dia ada dalam ingatan adik dia..berkat ikhlas jaga ibu tu.

@Nor Syahirah:ye allah sedih terharu tgk video ni .semoga semuanya dimurahkan rezeki

@mupisangcheese:Auto manangis aku alhamdulillah rzki… pahala akhirat jaga ibu.. allah hadiahkn rzki adk bradik hntr sis ke rumah allah..

@wanniey:huaaa..menangis ppagi smoga Allah permudahkan segala urusan bagi mereka yg berbakti pd ibubapa.

@Farrah Sehan:alaaaa..termenangis ni..ikut terharu sekali moga terus kekal keluarga bahagia

Nama si kakak dipilih adalah hasil adiknya yang ingin membalas budi si kakak kerana sanggup menjaga ibunya setiap hari tanpa ada sedikit pun keluhan diberikan. Bagi beliau, tidak salah kalau beliau dapat menggembirakan kakaknya untuk terus berada di samping ibunya dalam mengerjakan umrah bersama. Ibunya yang tidak tahu akan kejutan itu terus memeluk anak perempuannya aapabila melihat anaknya menangis tanda kesyukuran..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Instagram dan Tiktok…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*