“Raya Takkan Sama Mcm Dulu…” -Ramai Sebak Dgn Nyanyian Dato’ Aishah, Belanja Lagu ‘Pulanglah’

Yang Berbahagia Dato’ Wan Aishah Wan Ariffin merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan ahli politik Malaysia. Memulakan kerjaya awalnya dalam bidang muzik bersama kumpulan Fan Club dari New Zealand sehingga dikenali seluruh dunia sebelum meneruskan kerjaya solo di tanah airnya. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyo wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu “Don’t Make Me Fall Alone” pada tahun 1990.

Setelah beliau tidak lagi bersama Fan Club, Aishah pulang ke Malaysia dan meneruskan kerjaya muzik solo sekaligus dikenali sebagai salah seorang legenda pop negara dengan deretan lagu-lagu hits dan album terlaris. Pada tahun 2011, beliau terjun ke dunia politik bersama parti pilihannya, PAS dan bertanding untuk kerudi Parlimen di Jempol pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013.

Dalam video klip ini menunjukkan dimana Dato’ Aishah belanja nyanyiannya, lagu dari beliau sendiri berjudul ‘Pulanglah’, kepada wartawan. Lagunya yang terkenal ketika hari raya, dengan suara lunak beliau telah mendapat perhatian ramai.

Lihat klip durasi pendek nyanyian Dato’ Aishah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Jimmmm:Macam sekejap je raya tahun ni , Macam tak rase

@wannafisah65:tetiba sebak dgr …ya Allah rindunya pd arwah2… Alfatihah buat semua arwah2…

@rinabalqis515:suara mseh Sama MCM dulu

@Jakiaa:ni lagu mendalam kena ke jiwa bukan yang muah muah raya ya

@Lîëzã:aduh….meleleh air liurr dengor suara kak aishah….

@nama saya….:haishhh tetibe nk balik kampung plakkk

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan berasa sebak apabila mendengar nyanyian Dato’ Aishah dengan begitu lunak. Nyanyian beliau juga mendapat pujian ramai, mengatakan suaranya yang tidak berubah dari dahulu hingga kini. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 164.6K penonton, 4456 sukaan dan 72 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*