Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin tidak asing lagi dalam dunia seni di Malaysia. Pelbagai perkongsian yg dimuatnaik oleh Sam dalam laman rasmi Instagram milik nya dan sering membuat ramai terhibur.

Menerusi entri terbaru Sam dalam halaman IG nya, Sam menulis kapsyen ringkas mengenai sebuah video:

Cerita apa ek? Macam baik je filem ni? Hehek

Terdahulu, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, memberi respon mengenai gurauan kasar Syatilla sebagai sesuatu yang istimewa kerana memahami isterinya itu berasal dari utara yang sememangnya terkenal dengan tingkah laku kasar.

“Saya anggap ia perkara biasa kerana dia adalah orang utara. Mereka adik-beradik kalau bergurau memang kasar sikit.

“Masa awal-awal saya kenal Tilla pun agak terkejut dengan gurauan dia. Tapi lama-kelamaan dah jadi biasa, mereka memang begitu.

“Kadang-kadang kita buat benda baik pun orang kecam, orang tak suka. Dia (Syatilla) tak perlu nak memikirkan tentang orang sangat sebab mereka semua ada pendapat dan cara pemikiran masing-masing.

“Apa pun kalau adik-beradik mereka sendiri faham dan menerima cara gurauan begitu, tiada apa yang patut dipersoalkan. Bagi saya, ok sahaja dia bergurau begitu. Tiada apa yang saya perlu control. Terus terang, Instagram pun saya tak tengok sangat.

“Saya tak rasa gurauan kasar mereka itu bawa imej buruk sebab kalau nak ikutkan gurauan saya sendiri lebih kasar dan terbuka berbanding mereka,” katanya.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

Rasa nak buh penampaq la kelakar weiiii….xtau la pasai pa tgk ampa wlopon serius kami xleh nak hadam tetap jgk rasa kelakar

2w2w2

Rndu tgok film² mlayu best mcm dlu² …. Skg.. xsmua yg best dah… Lg² kalau plakon @shaheizy_sam best jak tak kaku.. bru² ni ada jugala kluar citer fazura n shaheizy sam tu citer manisnya cinta di cappadocia kt tb

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: IG Saheizy Sam

Previous article“Org Lelaki Suka Prempuan Lembut-Lembut, Biar Macam Bdoh-Bodoh Sikit?..” – Prof Muhaya
Next article“Asal Org Biasa Blh Jadi Artis, Tak Pndai Bahasa Melayu Jadi Artis..” – Netizen pertikai Maryam Korea?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here