“Punya Nak ‘Speaking’ Mamat Ni…” -Netizen Naik Geram Dgn Watak Fakhri, Dlm Drama Bisik-Bisik Gelora

Bisik-Bisik Gelora ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Riza Baharudin, dibintangi oleh Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah dan Afifah Nasir. Siri ini telah memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 pada 21 Mei 2022 yang lalu menggantikan 7 Hari Mencintaiku 3.

Drama ini mengisahkan Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikatnya bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali kepadanya sebagai seorang isteri.

Dalam video klip ini menunjukkan Jad terserempak dengan Arumi, dimana syarikat Arumi bekerja membuat tempahan dan makan di kedai itu. Arumi yang tidak tahu sebarang berita tentang Jad, akhirnya dia berjumpa di kedai makan milik Jad sendiri. Gambit Saifullah memegang watak sebagai Fakhri, sikapnya yang ingin mengambil kesempatan ke atas wanita telah membuatkan netizen naik geram melihatnya yang beracah-acah ‘speaking’ di dalam babak ini.

Lihat klip durasi pendek drama Bisik-Bisik Gelora:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@didiandfriend11:nk speaking nye lah mamat tu

@Apissnakmcd:rasa sebak bila depa jumpa

@Fhna_:Kenapa dia tkut dgn suami dia ehh ? Someone please explain. Saya Baru tgok cita ni hahaha

@zul khairy:mlm esok rasa msti lg best…….mlm nie jmpa xbpe syok….

@MUGIWARA:Yg aku benci sngt die speaking tu geram tol aku dngr

@Bunga:saya rasa episod akhir nanti mesti diorang akan bersatu NIE kan cerita drama melayu selalu.macam tu ada ja hlngn nk diorang bersatukn

Netizen turut memberi komen tentang drama ini, mengatakan lakonan dari Gambit Saifullah sememangnya berbakat sehinggakan penonton naik geram dengan lakonannya. Drama ini juga telah raih perhatian ramai dengan babak yang penuh konflik. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 334.5K penonton, 18.0K sukaan dan 86 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*