Punca di sebalik tra.gedi kemiskinan Kassim Selamat & Sabariah akhirnya diketahui selepas 59 tahun filem Ibu Mertua-ku ditayangkan.
Biarpun sudah lebih 59 tahun ditayangkan, filem klasik Ibu Mertua-ku kekal menjadi sebuah filem yang plotnya sentiasa menjadi bualan rakyat Malaysia.
Filem ini mengisahkan mengenai seorang gadis, Sabariah yang daripada keluarga berada jatuh cinta pada Kassim Selamat, seorang pemuzik.
Namun hubungan keduanya tidak direstui Nyoya Mansor, ibu Sabariah bukan sahaja kerana Sabariah sudah pun ditunangkan dengan Doktor Ismadi, tetapi juga kerana kedudukan Kassim Selamat yang tidak setaraf dengan mereka.
Disuruh untuk memilih antara Kassim Selamat dan Doktor Ismadi, Sabariah berkeras untuk berkahwin dengan Kassim Selamat kerana terlalu mencintainya.
Kehendak Sabariah dipenuhi, tetapi Sabariah dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansor sebaik sahaja keduanya selamat dinikahkan.
Dari Singapuran, Kassim Selamat dan Sabariah berpindah ke Pulau Pinang dan memulakan kehidupan baharu.
Apabila disah.kan mengand.ung, Sabariah mengutuskan surat meminta pertolongan Nyonya Mansor kerana sudah tidak sanggup hidup dalam kesusahan.
Pada babak ini, mungkin ramai yang terlepas pandang atau tidak pernah menyangka bahawa ada berlakunya potongan babak yang bercerita mengenai tra.gedi keduanya ja.tuh mis.kin.
Sebelum dihalau keluar, Kassim Selamat dan Sabariah menerima wang berjumlah RM5,000 daripada Nyonya Mansor.
Namun disebabkan ber.ju.di dalam acara lumba kuda, keduanya jatuh mis.kin.
Mungkin ada yang pernah menonton babak punca ke.mis.kinan Kassim Selamat ini sebelum ia dipotong kerana tidak sesuai untuk tayangan umum kerana mengandungi adegan per.ju.dian.
VIDEO:
https://youtu.be/fhuac1XopAw
Sebelum ini, ODISI pernah menulis mengenai kon.sep gam yang tidak pilih kasih yang diamalkan pada tahun 1980-an.
Antara lagu yang turut terkena tempias ialah lagu nyanyian sumbang dan lirik kurang sopan. Yang sering menjadi mangsa konsep ini ialah mereka yang menyampaikan lagu-lagu bergenre hip hop, atau pun lagu yang mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti kumpulan KRU.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ