“Puasa Tak Boleh Tinggal Sampai M4ti…” -Ramai Sebak Dengan Respon Pak Hamid Gurkha, Sekian Lama Menyepi

Abdul Hamid Bin Abdul Rahman atau dikenali sebagai Hamid Gurkha dilahirkan pada 22 Ogos tahun 1933, merupaka seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia yang digelarkan legenda. Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.

Pak Hamid mula dikenali melalui filem Panglima Badol pada 1978 dan masih aktif dalam bidang seni. Sehingga kini, Pak Hamid masih tertanya-tanya bagaimana beliau boleh bergelar seorang pelawak kerana perkara itu tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Sebelum menyertai pertandingan Bintang Radio RTM, Pak Hamid pernah menyertai pentas kampung untuk membuat persembahan sambutan hari raya dan sebagainya. Ketika itu, niatnya hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang dan melampiaskan minat dalam dunia seni. Memang dari bangku sekolah lagi, beliau sering buat lawak dengan kawan-kawannya. Beliau mengakui peminat biduan agung Tan Sri P. Ramlee dan selalu menyanyikan lagu-lagunya. P.Ramlee banyak memberi tunjuk ajar, pada 2014 beliau telah menerima penghargaan khas atas sumbangan beliau dalam dunia lawak jenaka tanahair di Anugerah Lawak Earna ke-2. Beliau menerima anugerah tersebut bersama rakan karib, Datuk Jamali Shadat.

Dalam video klip ini menunjukkan Pak Hamid ditemuramah, setelah sekian lama menyepi dengan keadaannya yang semakin merosot dan tidak sekuat seperti sebelum ini. Ramai sebak dengan respon beliau apabila disoal tentang puasa, juga disoal tentang raya . Pak Hamid juga dikenali sebagai pelawak veteran yang sentiasa diingati ramai dengan lawaknya.

Lihat klip durasi pendek kesihatan Pak Hamid terkini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Azie Clemmensen:Jangan nanti bila dah takde baru nak bagi macam2 gelaran. Banyak pahala pak hamid ni menggembirakan hati kita semua dgn lakunannya.

@NN5777:puasa xleh tinggal sampai mati

@cekodok:pelawak kesukaan aku..semoga Allah swt memberi kesembuhan pada pak hamid.

@adindalee82:didoakan semoga Pak Hamid dberikan kesihatan yg baik dan berpanjangan, dpanjngkan umur dan dmurahkan rezeki Pak Hamid… Aamiin Ya Rabb

@Yan3326:ayat terakhir pengakuan seorg ayah. .. ank2 saya semua bagus2 …sebak aku ..Sayang dia pd ank2 …

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan Pak Hamid adalah pelawak veteran yang sentiasa diingati ramai dan lawaknya yang menghiburkan. Selain itu, netizen juga mendoakan kesihatan Pak Hamid agar diberikan kesembuhan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 757.1K penonton, 74.5K sukaan dan 2323 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*