“Puas Hati Aku Dapat Tonjol Kepala Dia…” -Belakang Tabir Watak Kak Ati ‘Sound’ Jad, Dlm Drama Bisik-Bisik Gelora

Bisik-Bisik Gelora ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2022 arahan Riza Baharudin, dibintangi oleh Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah dan Afifah Nasir. Mengisahkan Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Norreen Iman merupakan seorang pelakon yang menjayakan siri drama televisyen Rindu Awak Separuh Nyawa bergandingan bersama Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose, yang bersiaran di slot Megadrama saluran Astro Ria. Beliau juga merupakan seorang pengacara, instafamous dan pencipta konten di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan belakang tabir lakonan dari Norreen Iman dan Redza Rosli dalam drama Bisik-Bisik Gelora yang di tular baru-baru ini. Di mana babak Jad kantoi memarahi anaknya di hadapan Kak Ati. Watak Jad yang sering di kecam oleh netizen dengan sikap panas barannya dan sering mencari salah terhadap Arumi, namun babak drama ini telah mendapat perhatian ramai.

Lihat klip durasi pendek belakang tabir drama Bisik-Bisik Gelora:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@•• Triple A ••:Tapi scene kene marah tu serious best aku puas hati weyh

@NadiahGihat:puas aty aku hri ni..akhirnye ade gak org sound jad , bpe hri dh aku menyumpah2 jad ni

@nurafiqah:kawan dia nasihat pon tak faham kak ati nasihat+marah ..boleh lak mintak maaf kat kak ati

@PurpleGulaGula:puas hati sy, akk mrh Jad.kak,aku ni dhlah br stroke, emosi aku tgk cerita ni kak..

@Niey_Aziz:Hahahha i wish i ada kak ipar mcm kak ati ni utk bg nasihat mcm ni

@Suhaimi Rahman:the best scene ever ..kak noreen konfirm bnyk job lakonan lepas ni .tahniah..

@Na :Bagus part ni suka . Go kak ati go . Setelah beberapa hari takda mood tgok jad

Netizen turut memberi komen tentang babak drama ini, mengatakan berasa lega melihat reaksi watak Kak Ati memarahi Jad. Ada juga yang mengatakan naik geram dengan watak Jad yang bersikap panas baran dan sering dikecam di media sosial. Namun drama Bisik-Bisik Gelora ini telah mendapat sambutan hangat dari penonton. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 761.5K penonton, 73.5K sukaan dan 524 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*