Connect with us

Entertainment

“Proud Of You Darling…” Suami Baru Serina Terima Anugerah Penghargaan Tugas Cemerlang

Published

on

Personaliti TV, Serina Redzuawan menzahirkan perasaan syukur apabila suami kesayangan, Meor Mohammad Aidid khabarnya telah menerima sijil penghargaan kerana kecemerlangannya dalam menjalankan tugas.

Serina yang juga anak perempuan kepada cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail telah berkongsikan berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya.


Suaminya yang merupakan angg0ta p0lis itu menerima penghargaan tersebut kerana bertungkus-lumus menjaga keselamatan negara.

“Tahniah suami tersayang, terima sijil penghargaan tugas cemerlang! Di mana ada kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya, iaitu ibu dan isteri yang sentiasa mendoakan keselamatan serta kejayaan mereka.”

Dia dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada semua angg0ta p0lis yang bertungkus-lumus menjafa keselamatan negara.


Terdahulu, Serina dan Aidid telah mendirikan rumah tangga pada 9 April yang lalu. Pelakon wanita itu turut mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef,11, dan Isabella Saffiya yang kini berusia 10 tahun hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Sumber:beautifulnara

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara