KUALA LUMPUR – Program pencarian bakat terbaharu, All Together Now Malaysia terpaksa dihentikan siaran buat sementara waktu sehinggalah siasatan berhubung dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut telah dilakukan pada bulan Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Sebelum rakaman bermula, semua kru penerbitan sudah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian. Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenarkan meneruskan rakaman.

“Set yang dibina juga mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri sertab penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan kedudukan mereka,” katanya.

Difahamkan, rakaman program terbabit juga turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan.

Terdahulu, sebuah laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan tersebut selepas dakwaan pelanggaran SOP tular dalam media sosial.

Dalam laporan sama, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir berkata, siasatan terhadap rancangan tersebut akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Selain itu, KKMM juga akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.

Untuk rekod, program tersebut tular dalam media sosial selepas ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan cara rancangan tersebut dilaksanakan ketika negara sedang dilanda pandemik.

Rata-rata netizen berpendapat, program tersebut tidak mematuhi SOP kerana barisan selebriti yang bertindak sebagai juri tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman berlangsung.

Program All Together Now Malaysia yang disiarkan pasa setiap hari Ahad pukul 9 malam itu diadaptasi daripada format rancangan popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.

Jom lihat juga apa kata netizen:

“Elok lah tu dihentikan…. Musim2 wabak ni terkinja kinja mcm tu pula…. Aktiviti agama pula x boleh…. Sedih….org lain sibuk doa minta kat Allah supaya covid ni lenyap”

“Rasanya pakai mask tu dh jd perkara wajib tak kira lah PKP ke PKPB ke PKPP sekali pun.Walaupun rakaman.. Benda macam tu pun boleh terlepas pandang kata polis sentiasa pantau sepanjang rakaman tu kata salah sorg pesertanya la.”

“Tlg la ye. Kalau org g msjid kemain lg SOP mcm². Kompaun xyh cte la. Msuk msjid pn x boleh. Sana sini msjid ttup. Ni hiburan ntah ape² ni boleh pulak lps. Disaat dunia ditimpa satu demi satu musibah, Malaysia still boleh buat program lagha mcm ni eh. Sorry to say. Smua gagal. Gagal kawal diri drpd ujian Allah ni. “

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Kosmo

Previous article“Saya pernah tegur..” – Jaafar Onn Ulas baju yang dipakai Nabila Razali
Next article“Apa SaIahnya Bagi RM1 Sahaja” – Ameng Akui Trdesak Cari Wang, Meniaga Apa Pun Tak Jadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here