Connect with us

Viral

Prof Muhaya Dikecam Netizen Lagi, Persoal Isu Akademik & Kerjaya Wanita

Published

on

Belum reda lagi isu panas berkenaan kenyataan Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad mengenai wanita yang perlu bersifat ‘bodoh-bodoh sikit’ untuk mencari jodoh, kini muncul pula isu baru.

Menerusi satu rakaman video yang tular di Twitter, Prof Muhaya dilihat seakan-akan merendahkan martabat wanita bekerjaya sehingga perkara itu mengundang kemarahan netizen.

Ada ke super girl, girl-girl? Usah bajet baguslah you alls. I’m a career woman, Allah… sudahlah.

Jom Lihat Video Dibawah:

“Tak ada dalam al-Quran wanita paling berharga, wanita paling bekerjaya. Sorry.

“Wanita solehah nilai dia lebih besar daripada dunia seluruh isinya. You all ni sibuk nak challenge, challenge.

“Bonda nak tanyalah sekarang ni, orang ada akademik tinggi dapat apa masa PKP ni? You tell me.

Menurut mStar, video tersebut merupakan sebahagian daripada rakaman asal berdurasi 45 minit yang dimuat naik dalam Youtube milik Prof Muhaya TV pada 6 Februari 2021. Video itu kini telah mendapat lebih 45,000 tontonan.

“Sumpah laa Prof cakap macam ni? Luluh hati sis nak habiskan PhD…”

Video tersebut telah mengundang kata-kata kritikan dan kecaman daripada netizen yang berpendapat kenyataan mempersoal taraf pendidikan wanita itu seperti ‘tak kena gaya’ kerana beliau juga seorang profesor dan doktor pakar mata.

Malah ada juga yang mengatakan mereka memahami apa yang cuba disampaikan Prof Muhaya namun penggunaan ayatnya tidak sesuai sehingga mengguris hati para wanita.

Apa pendapat korang mengenai isu ni? Korang setuju tak dengan apa yang prof sampaikan tu?

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: LM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara