Connect with us

Entertainment

Polis Dedahkan Alasan Ini Paling ‘Popular’ Yang Mereka Terima Ketika Di Sekatan Jalan Raya

Published

on

Balik kerja antara alasan yang kerap diterima petugas sekatan jalan raya (SJR) Kontinjen Kuala Lumpur daripada pengguna jalan raya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan di negeri ini.

Kebanyakan memberi alasan terpaksa rentas negeri ini dari Selangor memasuki Kuala Lumpur kerana rumah mereka berada di daerah berbeza.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, terdapat juga alasan daripada mereka datang ke negeri ini untuk mengambil anak di terminal pengangkutan.

“Berdasarkan lima tinjauan yang saya buat di SJR di seluruh Kuala Lumpur, itulah alasan yang disampaikan petugas SJR kepada saya.

“Namun begitu, saya lihat pegawai bertugas mengambil tindakan berhati-hati dan bertanggungjawab serta membenarkan perjalanan dibuat selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberi orang ramai itu,” ujarnya selepas membuat tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Bazar Aidilfitri, Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini hari ini.

Kata Azmi, pihaknya juga tidak berhasrat untuk menambah jumlah SJR sepanjang PKP 3.0 di Kuala Lumpur yang kini dikekalkan sembilan lokasi sahaja.

Mengulas berkenaan keluhan peniaga bazar yang keliru berkenaan penutupan premis, jelas beliau, pihaknya sudah menghubungi Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengetahui situasi sebenar berhubung operasi penutupan premis.

“Sebenarnya berlaku salah faham di antara pengelola dan MKN yang mana pengelola ingatkan mereka kena menamatkan operasi perniagaan sehingga pagi tadi.

“Saya dimaklumkan pihak MKN, para peniaga tersebut dibenarkan berniaga sehingga 10 malam ini, manakala bagi premis kekal yang disenaraikan juga mesti ditutup hari ini selama tiga hari bagi memberi laluan kepada proses sanitasi esok,” ujarnya.

Sumber : Utusan Online via http://www.awatttsyeikhh.com/

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara