PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan individu yang lengkap dua dos v.aksin C0v1d 19 akan mendapat keistimewaan melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka.

Perdana Menteri berkata, beliau meminta jawatankuasa pengurusan C0v1d 19 untuk menilai semula mereka yang lengkap div.aksinasi itu diberi kelonggaran-kelonggaran sama ada dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran.

Beliau berkata, ini merupakan petanda supaya menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan C0v1d 19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali semula seperti di masa lalu.

“Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu, hanya sehingga akhir tahun.

“Jadi bersabarlah, jangan kata k.erajaan tak bagi tumpuan. Jangan sekali-kali percaya dengan kempen k.erajaan gagal, (minta maaf saya tidak bercakap p.olitik di sini) tapi yakin dengan kerjasama kita, pimpinan dalam kerajaan serta rakyat dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kita boleh menang menghadapi pep.erangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul P.rihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya.

Muhyiddin berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha yang akan diteruskan di samping langkah-langkah lain yang telah dilaksanakan untuk menguruskan m.asalah C0v1d 19.

Beliau berkata, usaha itu menunjukkan ada sedikit cahaya di hujung terowong kerana v.aksinasi dengan angka terkini mencapai lebih 421,000 dos sehari dan jumlah pemberian itu akan terus bertahan dalam angka itu.

“Selain itu fokus kita adalah di kawasan Greater Klang Valley iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, bahagian selatan Perak dan utara Negeri Sembilan yang kita lihat k.es masih tinggi.

“Saya percaya langkah-langkah tumpuan khusus di kawasan ini, maka k.es C0v1d 19 dapat diurus baik,” katanya.

pm umum berita baik buat sesiapa yang sudah lengkap dua dos v4ksin 60efd3f3ae7fb
PM Umum Berita Baik Buat Sesiapa Yang Sudah lengkap Dua Dos V4ksin 2

Perdana Menteri pada masa sama yakin proses v.aksinasi berjalan agak baik dan mengikut jadual dan berharap dalam tempoh beberapa hari atau bulan akan datang, pembekalan v.aksin akan meningkat dan bertambah.

Katanya, jadual yang diunjurkan dalam pelan PPN iaitu sebelum akhir tahun, sebahagian besar rakyat sudah mendapat s.untikan.

Kredit : Utusan

Sumber : https://sportdailynews.com/

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Previous article“Memang Terbaik boh”- ‘Mat Salih’ fasih cakap Kelantan tular
Next article[VIDEO] “Tak Sangka” – Beza Umur 10 Tahun, Cikgu Kahwin Dengan Bekas Pelajar Sendiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here