“Persiapan Kahwin Berapa Peratus Dah…” -Ramai Terhibur Dgn Reaksi Adam Lee, Apabila Disoal Persiapan Kahwin

Muhammad Arif Adam Bin Mohamed Fadlee atau dikenali sebagai Adam Lee, dilahirkan pada 26 Oktober tahun 1994 berasal dari Kuala Lumpur. Beliau seorang pelakon lelaki Malaysia. Mula mendapat perhatian ramai sejak membintangi drama bersiri Lara Aishah. Adam juga pernah membintangi filem seram bertajuk Ia Wujud yang telah ditayangkan pada tahun 2014 yang lalu.

Adam memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada usia 19 tahun sebelum mengundurkan diri buat seketika dari dunia hiburan kerana tidak yakin dengan potensi dalam bidanh berkenaan. Sepanjang tempoh itu, beliau melibatkan diri dengan bidang kecergasan. Adam turut mempelajari seni bela diri Muay Thai. Beliau menjadikan Bront Palarae dan Farid Kamil sebagai idolanya di dalam bidang seni lakonan. Adam juga pernah menghadiri Ujibakat Program Pencarian Hero Remaja 2016/2017. Nama Adam kian meningkat sejak membintangi drama bersiri Seharum Mawar dan Dendam Aurora. Sejak itu juga tawaran berlakon diterima meningkat.

Dalam video klip ini menunjukkan temuramah bersama rancangan MStar, disoal oleh pengacara tentang persiapan perkahwinan beliau bersama Sweet Qismina. Reaksi Adam Lee membuatkan orang ramai terhibur dengan telatahnya seolah-olah pengsan apabila mendengar isu kahwin. Namun, Adam turut memberi jawapan katanya persiapan kahwin baru 60% yang sudah siap.

Lihat klip durasi pendek reaksi Adam Lee:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@PARK CHAE-YOUNG:comel jer dorang

@sandraabdullah545:suka temgok.harap kekal selamanya

@Syarifah Nor Aishah:lepas diaorg confirm emila nga aedy lak

@mearychu taporco abdullah:alhamdulillah kekal hingga ke jannah aamiinn ya allah pasangan bahagia

@Susanti Solo All Waifu Deck:nnti dah kawin tiber nngis kt dapur….rupa-rupany potong bawang

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mendoakan semoga dimudahkan urusan mereka dan semoga kekal hingga ke jannah. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 139.3K penonton, 8310 sukaan dan 21 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*