“Tidak pernah terlintas di fikiran saya perancangan Allah sebegini, ter.kejut sebenarnya dan saya harap urusan perkahwinan kami nanti dipermudahkan”

Itu kata Nurul Anis Izzati Muzafar Shah, yang kisah pertunangannya dengan majikan sendiri, Aariz Yee Abdullah, 29, pada 9 oktober lalu tular di media sosial.

Pada mulanya, hubungan mereka hanya sebagai pekerja dan ma.jikan yang mana Aariz Yee yang belum memeluk Islam ketika itu sering membantunya apabila tiba waktu solat.

imabawina1 1633957837

NURUL Anis Izzati selamat bertunang bersama majikannya sendiri, Aariz Yee yang memeluk Islam Julai lalu. FOTO Ihsan Nurul Anis Izzati Muzafar Shah

Namun, siapa sangka jejaka cina pilihan hati Nurul Anis Izzati itu juga berminat untuk memeluk Islam sejak mengenalinya Oktober tahun lalu.

“Saya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai bakeri milik tunang dan dua lagi rakan kongsinya pada 20 Oktober tahun lalu.

“Pada mulanya, dia (tunangnya) selalu bantu ‘cover shift’ kerja saya terutama waktu Maghrib sehingga sanggup datang kedai bagi membolehkan saya menunaikan solat.

“Dia juga sering bertanya perihal solat, au.rat dan Islam sehingga saya tidak sang.ka dia ada niat memeluk Islam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

imabawina3 1633957840

NURUL Anis Izzati bersama kakak dan abang ipar Aariz Yee. FOTO Ihsan Nurul Anis Izzati Muzafar Shah

Menurutnya, Aariz Yee mula menyatakan hasratnya memilih untuk menjadi seorang Muslim pada Julai lalu.

“Bila dia menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam, saya terus beritahu keluarga kerana saya juga tidak arif mengenai perkara ini.

“Alhamdulillah, keluarga banyak bantu memudahkan proses dia memeluk agama Islam dari awal hingga sekarang dan lebih kurang sebulan selepas itu baru dia menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan saya.

“Keluarga tidak meng.halang malah menyokong hubungan kami walaupun nanti saya akan langkah ben.dul adik beradik lain,” katanya yang juga anak ketiga dari enam beradik.

Dia yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan berkata, peribadi Aariz Yee yang sopan, baik dan ber.sikap lemah lembut terutama ketika bercakap membuatkannya tertarik.

“Dia melayan saya dengan baik, kesungguhannya mendalami Islam juga amat mengagumkan saya, surah al-Fatihah pun dia boleh hafal dalam masa satu hari saja.

“Mengikut perancangan kami ingin berkahwin Disember ini, namun terpaksa menunggu proses menukar kad pengenalan dan giliran di pejabat agama yang mengambil masa lama.

“Jadi kami tunggu sajalah sehingga semua proses dokumentasi selesai, jika ada rezeki dapatlah buat awal,” katanya yang menetap di Bandar Kinrara, Puchong, di sini.

imabawina2 1633957848

AARIZ Yee bersama ibu bapa Nurul Anis Izzati. FOTO Ihsan Nurul Anis Izzati Muzafar Shah

Sementara itu, Aariz Yee yang juga anak bongsu dari empat beradik berkata, dia memilih untuk menukar agama bukan semata-mata disebabkan pasangannya.

“Masa minta izin dengan ibu bapa saya mereka tidaklah terus setuju, ambil masa empat hari juga untuk mereka beri memberi jawapan.

“Ibu bapa akhirnya memberi sokongan dan berpesan supaya saya bertanggungjawab serta tidak main-main jika memilih jalan itu (memeluk Islam).

“Memang tertarik untuk masuk Islam dan sekarang bila lagi banyak belajar, lagi bertambah minat saya dengan agama ini,” katanya yang menganggap penukaran agamanya ini sebagai permulaan baru dalam kehidupannya.

Sekadar Perkongsian dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: HM

Previous article“Nk menyayi ke?..” Iqbal Cari Org Boleh Cipta Lagu Segera, Tawar Bajet Cecah 6 Angka Sahaja.
Next articleIsu Nikah Erra Fazira, Menteri Ahmad Faizal Jawab Depan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here