
Cermin mata merupakan barangan yang penting bagi mereka yang rabun dan gigi palsu pula penting bagi pemakainya untuk menikmati makanan mereka. Kiranya, sukar untuk menjalani kehidupan dengan ‘smooth’ tanpa alat bantuan tersebut.
Terbaharu, penumpang tren laluan Kelana Jaya didapati tertinggal gigi palsu di dalam tren. Hal tersebut telah dikongsikan pihak RapidKL di Twitter milik mereka semalam.
Boleh contact brother ni. Mesti dia tengah heran dan pelik masa makan roti canai. pic.twitter.com/RwBn1V7LFB
— IrfanAziz (@IrfanIbnuAziz) July 7, 2021
Pemilik gigi palsu tersebut dicari untuk dikembalikan. Malah, perkongsian gambar gigi palsu tertinggal dalam tren mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang sempat berlawak mengatakan gigi palsu itu milik lelaki dalam filem Lagi-Lagi Senario dimana ada watak yang kehil4ngan gigi palsu ketika makan roti canai.
Kepada yang tertinggal gigi palsu ketika menaiki tren 151 laluan Kelana Jaya sebentar tadi, sila hubungi kami untuk mendapatkan kembali barang anda. Terima kasih.
Kredit gambar : Kazer Ibrahim#lostandfound #rapidkl pic.twitter.com/FTroKfOi0t
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) July 7, 2021
https://twitter.com/zaidatul2703/status/1412806320512593920?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1412806320512593920%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fpenumpang-tercicir-gigi-palsu-dalam-tren-perkongsian-rapidkl-buatkan-netizen-terhibur%2F
Owner dah jumpa belum gigi dia. Sian nak makan kang tak boleh 😅 https://t.co/NOSTzwCpNc
— A.SYA HAI RI™ (@amirul510) July 7, 2021
Okay ini kelakar. But gigi palsu mahal kot. Not only mahal pakcik nak makan mcm manaa tuuuuu. https://t.co/LPPIhwHzdt
— Faris|K (@_kesatria) July 7, 2021
Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa pelik bagaimana gigi palsu tersebut boleh tercicir dan berasa kasihan kepada pemiliknya kerana sukar untuk makan tanpa gigi palsu tersebut.
Rata-rata netizen berharap pemiliknya akan segera ditemui kerana ia satu keperluan kepada pemiliknya dan harga gigi palsu bukanlah murah. Semoga pemiliknya dijumpai dengan kadar segera.
Sumber:https://www.thevocket.com/
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose
Leave a Reply