Connect with us

Viral

“Takyah Jadi Bodoh, Soal Jodoh,..” – Sharifah Amani

Published

on

Aktres Sharifah Amani menasihati para wanita untuk tidak menjadi bodoh semata-mata untuk mendapatkan seorang pasangan. Menerusi laman sosial Twitter, Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 35, memuat naik satu ciapan berkaitan jodoh tersebut untuk tatapan umum.

“Jodoh saya sudah siap ditulis oleh Allah yang maha berkuasa. Saya yakin jadi saya berusaha memperbaiki diri untuk diri sendiri, keluarga dan negara sambil saya sabar menanti apa yang telah ditulis untuk saya.

“Takyah jadi bodoh. Pegang pada iman, percaya dengan Allah. InsyaAllah nanti dia sampai,” tulisnya di Twitter.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya wanita yang bersetuju dengan pendapat Amani dan mengharapkan mereka diberi jodoh yang baik.

“Exactly. Tak perlu jadi bodoh for jodoh. Nanti terjodoh yang bodoh,” komen seorang wargamaya.

“Nice. I too have reached a point where I can reply to that million dollar question in a calm manner anywhere even in a lift,” kata seorang wargamaya.

“Yeap, tak perlu jadi bodoh. Just be yourself. Btw, the context from Prof Muhaya, “jadi bodoh-bodoh” bukan bermaksud jadi bodoh. Mcm orang selalu ckp, “ala buat bodoh je” tak bermaksud jadi bodoh. Kena faham the statement in full context,” luah seorang wargamaya.

“Setuju. Kalau Allah kata during this time you need a man. Mesti dia dah bukak, dan tunjukkan jalan ke arah itu. HE is the best planner,” ujar seorang wargamaya.

“The energy. Tak perlu downgrade jadi bodoh, mengenang nasib tak berjodoh etc etc. Life has so much more than that,” pesan seorang wargamaya lagi.

Kredit Foto: IG Syarifah Amani

Pada Rabu, pakar bedah mata dan motivator, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad menjadi bualan hangat di Twitter apabila berkongsi sebuah video Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh.

Menerusi video berdurasi 56 saat itu, Prof Muhaya berpendapat wanita tidak seharusnya berusaha untuk menyaingi dan melebihi daripada kaum lelaki.

Malah, jelasnya lagi, kaum lelaki suka dengan wanita berperwatakan lembut dan perlu dibantu.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: gempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara