Connect with us

Entertainment

Peniaga Goreng Pisang Ini Bid4s Timb Menteri Bila Datang Selamber Pegang Goreng Pisang Yang Nak Dijual

Published

on

Seorang peniaga pisang goreng menegur perlakuan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyentuh jualannya tanpa menggunakan pengepit yang disediakan.

Reaksi peniaga Nurul Asyikin Roshidan itu kemudiannya tular seterusnya menerima komentar yang rata-ratanya menganggap Wan Ahmad Fayhsal sebagai pengotor.

“Agak kurang sopanlah sebab pengepit kami sediakan,” jawabnya selepas ditanya seorang netizen tentang pendapatnya.

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal yang juga digelar warganet sebagai Mat Jargon dilihat selamba menyentuh pisang goreng jualan penjaja itu semasa singgah di gerai tersebut.

Nurul Asyikin mengakui terkejut dengan perlakuan kurang adab itu dan dalam masa sama tidak mengenali individu berbaju batik biru tua yang menyentuh pisang gorengnya.

“Kami pun terkejut juga masa mereka datang serbu kelmarin. Penuh keliling kedai. Tak tahu nak kata apa.

“Yang lawaknya, kami pun tak kenal dia itu siapa,” katanya dalam loghat utara.

Gambar Wan Ahmad Fayhsal menyentuh pisang goreng itu sambil diperhatikan tajam oleh wanita bertudung biru cair tular dengan menerima pelbagai reaksi berbaur kecaman dan sindiran.

“Akak tudung biru tu pelik. ‘Aik, apasal dia pegang pakai tangan saja. Ingat ni goreng nugget kat rumah ke apa,” kata Nabila Isa.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu juga dikecam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 apabila tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Kredit : Malaysia Dateline

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara