Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara dan pelawak wanita Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom. Elly Mazlein dilahirkan pada 17 Disember 1980 di Kampung Behrang, Slim River, Perak kepada pasangan Syed Hanafi Syed Abdullah dan Sabariah Ahmad. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Elly Mazlein menandatangani kontrak bersama NAR Records pada tahun 1997 sehingga 2003. Kemudian, beliau menyambung menandatangani kontrak bersama KRU Records pada tahun 2013 sehingga tahun 2017. Beliau mendantangani kontrak bersama LIFE Records pada tahun 2020 sehingga kini.
Menerusi satu klip video pendek di akaun Tiktok milik bellaastillah_94 menunjukkan Kak Lina bersama Nabil Ahmad menjadi pengacara kepada rancangan televisyen ‘popular’ iaitu Gegar Vaganza 9 pada malam tadi. Klip video tersebut menunjukkan aksi Kak Lina Pom Pom bersama Nabil yang menari di tepi pentas. KakLina yang sibuk menari tidak perasan ‘Tok Ram’ yang sedang melihat aksinya itu. Ramai penonton terhibur melihat gelagat Elly Mazlein bersama Nabil Ahmad itu. Penonton juga mengatakan, mereka sangat terhibur melihat dua orang pengacara tersebut mengacarakan rancangan tersebut. Ada juga mengatakan mereka tidak bosan apabila Kak Lina mengacarakan rancangan tersebut.
Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 995.3K tontonan, 66.4K sukaan dan 1136 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat klip video di bawah:
View this post on Instagram
Lihat apa kata orang ramai:
@nik_reesy@ra:kak lina jadi pengacara program apa pun tak pernah bosan tengok.. mmng minat kk lina dari dlu.. no syaatuuu kak lina terbaik
@DyaElmiliya:Slalu jihan kene kawal nabil.. kali ni tidak yaa
@helosiapani:energy kaklina ni lagi atas dari energy nabil. tadi baru pertengahan pun nabil dah tak larat layan HAHAHAHAHHAHA
@makcikdila:sya tgh pntng czer.kak lina xrilek.sakit tau perut asik thn gelk jer.ada jer perangai dia
@Sharifah Sakilah:all out tauuu diorg.. xboleh tahan tengok.. lgi2 part last.. diorg dpt lagu.. hahahahaha. diri dgn peserta
@Haslina_Sha:Macam silap tgk rancangan plak td. ingatkan muzikal lawak superstar. rupenye GV
@Cikksitii Intan Payung:pengsan nabil nk kawal dia.. hahaha.. bertuah betul kaklinaa..
@micro.mk_takburianz:teringat lak time kasut tinggi dia pata time meletops..haha dia belasah je jalan ketang ketong ketang ketong lucu la kakpom ni
@P.Yana23:Hahahahahaha taun ni paling havoc lah penat gelak tgok perangai kak lina
Sumber: Tiktok, Wikipedia