RAKAMAN memaparkan seorang bapa yang men4ngis sewaktu upacara akad nikah anak gadisnya tular di aplikasi TikTok.

Menurut Shazwanie Masfarhah, 24, dia sebagai pengantin perempuan turut seb4k menyaksikan bapanya, Md Farid Masris, 56, gagal menahan air mata dalam majlis itu.

Bercerita kepada mStar, wanita yang mesra disapa Farra ini mend3dahkan sudah bernikah dengan pasangannya Muhamad Zuhaimi Zuriman, 26, pada 21 Januari lalu menerusi majlis ringkas di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Jelas Farra, bapanya pada waktu itu berat hati untuk melepaskan dirinya memandangkan dia merupakan anak bongsu perempuan dalam keluarga.

“Saya anak kelima daripada tujuh beradik. Tapi saya merupakan anak perempuan bongsu. Ayah sendiri yang nikahkan kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sebenarnya saya yang paling rapat dengan ayah sejak kecil. Sebelum kahwin pun memang saya selalu ambil berat mengenai ayah.

“Sebelum kahwin, setiap malam ayah akan tanya. Betul ke saya saya dah bersedia nak kahwin? Dia berat hati nak lepaskan,” ujar Farra.

Kata Farra, lafaz akad nikah itu terpaksa diulang sebanyak sembilan kali kerana bapanya terpaksa berhenti akibat tidak dapat men4han seb4k.

farra2

Fara dan suami bergambar kenang-kenangan dengan bapanya pada majlis itu.

Jelas Farra lagi, dia yang berada di atas pelamin bersama ibunya turut sebak menyaksikan hal itu memandangkan bapanya pernah ditimpa strok sebelum ini.

“Ayah ada sak1t juga, dia pernah kena str0k sebelah badan. Pada waktu akad nikah, saya kira memang sembilan kali kena ulang lafaz.

Ayah pesan, nanti datang jenguk-jenguk dia.

FARRA

“Pada waktu itu hanya ada keluarga saya dan pengantin lelaki. Suami saya berseorangan, keluarganya tak datang kerana tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Akad nikah dilakukan online. Saya, suami dan keluarga di rumah kami. Kemudian kami buat panggilan video dengan pejabat agama.

“Orang pejabat agama tu pun turut tenangkan ayah, minta bertenang dulu. Kali kesembilan barulah selesai.

farra4

Farra kini menetap dengan suami di Kuantan, Pahang.

“Masa tu saya lap je mekap di wajah sebab men4ngis. Dah tak fikir dah. Selesai akad nikah, terus saya peluk dan tenangkan ayah,” imbasnya seb4k.

Jelas Farra, bapanya sekali lagi tump4h air mata apabila dia perlu mengikut suami dan menetap di sana, tidak lama selepas mereka dinikahkan.

“Masa saya nak pergi ke Pahang pun ayah men4ngis. Ayah pesan, nanti datang jenguk-jenguk dia. Dengan saya sekali men4ngis.

“Sejak lepas kahwin dan duduk di Pahang, sampai sekarang tak boleh rentas untuk balik tengok ayah.

farra3

Farra akui seb4k mengenangkan semula majlis yang berlangsung pada Januari lalu.

“Setiap hari kami buat panggilan video, kadang-kadang sampai satu jam,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu kata Farra, dia sekadar berkongsi momen air mata itu di TikTok untuk memberi mesej kepada netizen mengenai dalamnya kasih sayang bapa terhadap anak.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber:mstar

Previous articleWanita Melayu Tercantik, Akhirnya Fazura B0ngkar Rahsia Kecantikan
Next article‘Beli rumah lagi bagus’ – Zizan ded4h penyesalan terbesar, beli Ferrari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here