“Penantian 2 tahun kini melabuh tirai, Selamat pulang perantau..”- Sempadan Malaysia-Singapura dibuka 1 April 2022, Dapat Raikan Ramadhan Bersama.

Menerusi satu berita yang diumumkan baru baru ini dikhabarkan bahawa sempadan antara Malaysia-Singapura akan dibuka pada 1 April 2022 buat semua tertunggu-tunggu untuk pulang ke tanah air masing masing untuk berjumpa dengan keluarga dan orang yang tersayang. Peristiwa yang berlaku pada malam tadi begitu memilukan kerana berkat mereka yang menunggu untuk pulang ke tanah air disokong dan disambut oleh semua warga Malaysia mahupun Singapura.

Difahamkan kesemua mereka yang ingin merentasi sempadan menunggu tepat 12:00 malam di sempadan Malaysia-Singapura kerana tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarga tersayang. Penungguan mereka buat semua turut hadir untuk menyokong mereka yang berusaha mencari rezeki untuk keluarga di negara seberang. Ahli keluarga yang dari pelbagai kaum juga turut menunggu kepulangan anak anak mereka dan pelbagai telatah dapat disaksikan sepanjang malam tersebut.

Tontonan penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Pelbagai komen diberikan seperti :

@meria _ismail:welcome home selamat menyambut bulan Ramadhan

@RazelH0:Alhamdulillah. Welcome home guyssss. Happy sgt, walaupun tau esk pg jem di mana2 dan kedai makan penuh. Hehe

@Maznah:ya allah buka tiktok ppgi..sebak rsanya malaysia dh kmbali pulih..alhamdulillah ya alllah rmai dh bole balik jmpa kluarga..aku balik pn mak dh xde

@Makcik [100k]𖥔 ࣪ ᥫ᭡:bestnya tengok. suasana macam nak balik kampung time raya

@iz:bayangkan masuk2 malaysia ada roadblock plak kt depan.check moto kereta.

@aliahmustapah13:mesti ank bini fmly happy gila sbb org yg dinanti dpt balik akhirnya

Peristiwa 1 April 2022 menjadi sejarah dan akan sentiasa diingati kerana pertumpahan air mata dari setiap warga Malaysia mahupun Singapura. Barisan hadapan seperti polis dan pelbagai penguatkuasa turut turun membantu mereka yang ingin merentasi sempadan tersebut. Kemeriahan mereka tidak dapat disangkal apabila mereka sanggup berjalan kaki untuk merentasi sempadan tersebut kerana keinginan berjumpa dengan orang tersayang membuak buak. Selamat pulang perantau..

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*