Beberapa entri video dan foto yang dikongsikan pelakon cantik, Nur Fazura yang kerap mengenakan hijab di Instagram mencuri tumpuan ramai. Menerusi satu hantaran di plaform sama pertengahan Mei lalu, ada warga maya di ruangan komen menyambut baik penampilan yang digayakan ibu kepada seorang cahaya mata.
Malah mereka turut mendoakan yang baik-baik buatnya.
Sementara itu dalam video yang dikongsikan di Insta Story, Fazura yang dirakam sedang mempromosikan Fazura Lippy Beg dilihat turut tampil berhijab dan mengenakan kemeja berlengan panjang.
Namun, tidak dapat dipastikan mengenai masa sebenar video tersebut diambil.
Peminat sebelum ini mengetahui, Fazura memilih untuk mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan.
Terdahulu, menerusi Harian Metro, isteri kepada pelakon Fattah Amin di dalam temu bual bersama media menjelaskan, soal bila dia akan bertudung adalah terlalu peribadi.
Bagaimanapun, sekiranya sudah bersedia untuk berhijrah dia tidak akan membuat sebarang pengumuman.
“Setiap tahun saya akan bertudung pada bulan Ramadan. Sudah tentulah, saya ada niat dan keinginan ke arah itu. Tapi, itu antara saya dengan Allah.
“Soal penghijrahan ini sangat personal. Kalau saya berhijrah nanti pun, tiada pengumuman akan dibuat. Saya akan buat saja dan apapun mohon doa yang baik-baik untuk saya,” katanya.
Fatima yang menjadi tumpuan?
Antara petikan komen komen netizen:
Wife bff dia pon dah bhijab jd sedikit sbyk mesti bg kesan positif utk dia jgk kan.
Bagus dia ni.. tak mcm yg seorg Tu balik2 post Islamic tapi selalu langgar SOP
Dh masuk umur 40 dah tua mmg patut pun berhijab… yg muda2 pn dh ramai yg berhijrah
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: MH