Connect with us

Entertainment

Pelajar Buat Guru Dan Rakan P4nik, Tiba-Tiba Men4ngis Tervk Masa Nak Ambil keputusan STPM! Apa Berlaku Sampai Video Raih Hampir 1.5 Views?

Published

on

SETIAP orang pasti mempunyai pengalaman sama ada manis, lucu ataupun pahit yang tidak dapat dilupakan ketika zaman persekolahan.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang pelayar memuat naik video lucu menunjukkan rakannya men4ngis teres4k-esak ketika mengambil keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di sekolah, dua tahun lalu.

“Bila member t4kut nak tengok result,” demikian menurut penerangan pada video berkenaan.

Dalam video berdurasi 1.01 saat itu, kelihatan rakannya beberapa kali men4ngis teresak-esak sebelum dan selepas mengambil slip keputusan sehingga terp4ksa ditenangkan guru dan rakan-rakan yang lain.

Sehingga kini video berkenaan meraih 1.4 juta jumlah tontonan sejak dimuat naik tiga hari lalu.

WhatsApp Image 2021-07-22 at 3.36.52 PM (1)

Dya (kiri) bersama rakan baiknya, Teh yang memuat naik video di TikTok.

Berkongsi kisah di sebalik tang1san tersebut,Nurul Hidayah Hamid iaitu pelajar yang dirakam men4ngis di dalam video berkenaan berkata, apa yang berlaku pada hari itu adalah di luar kawalannya dan tidak dijangka.

“Sebenarnya, malam sebelum keputusan STPM keluar, saya dah rasa resah gelisah… nak tidur pun tak lena. Macam-macam bermain dalam fikiran… takut dan banyak sangat benda saya fikir mengenai keputusan yang akan peroleh nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Keesokannya, ketika hadir untuk mengambil slip peperiksaan di sekolah, saya okay saja. Tapi masa dekat dalam bilik guru sebelum ambil slip, bila terpandang muka guru-guru, terus emosional.

“Terus keluar air mata dan teresak-esak. Kawan-kawan perasan dan tanya kenapa sebab bimbang keadaan saya tapi saya sendiri sukar nak jelaskan. Tak tahu nak gambarkan perasaan masa tu.

“Kawan-kawan dan guru-guru tenangkan saya. Masa tu ramai dah pandang-pandang tapi tak segan sangat sebab semua kawan yang kita dah kenal,” cerita gadis berusia 21 tahun ini mengimbas kembali insiden lucu yang berlaku pada 2019 itu.

Menurutnya, insiden ‘b4njir’ air mata tidak terhenti di situ, malah berterusan apabila semua pelajar berkumpul di dewan di tingkat bawah untuk mengambil slip keputusan masing-masing.

“Masa tu sekali lagi men4ngis… saya sengaja biarkan orang lain ambil dulu slip daripada guru sebab saya t4kut saya akan ambil masa yang lama duduk di kerusi depan cikgu.

Malam sebelum keputusan STPM keluar, saya dah rasa res4h g3lisah… nak tidur pun tak lena. Macam-macam bermain dalam fikiran… t4kut dan banyak benda saya fikir mengenai keputusan

NURUL HIDAYAH HAMID

“Saya jadi orang kedua terakhir ambil slip. Masa tu memang ‘b4njir’ lagi. Puas kawan-kawan dan cikgu tenangkan.. jadi serba tak kena masa nak koy4kkan slip tu depan cikgu. Di situ pun ambil masa sepuluh minit juga.

“Alhamdulillah, keputusan tidaklah terlalu cemerlang namun saya bersyukur. Waktu dah tengok keputusan pun tak habis lagi men4ngis. Rasa-rasanya, saya men4ngis kira-kira satu jam setengah juga la sebelum reda.

“Cikgu siap cakap, ‘awaklah pelajar lain daripada yang lain’,” ceritanya sambil ketawa kecil.

WhatsApp Image 2021-07-22 at 3.36.51 PM

Gambar kenangan Dya bersama rakan-rakan selepas selesai mengambil keputusan SPM.

Menurut Nurul Hidayah yang kini merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Bahasa Melayu) Komunikasi Profesional di UiTM Shah Alam, dia sendiri tidak menyangka video yang dimuat naik oleh rakannya mengundang perhatian ramai.

“Mula-mula rakan saya beritahu nak upload video ‘throwback’ ambil STPM… saya okay sahaja. Tapi tak lama selepas itu, dia beritahu video tu dah viral.

“Saya pun ada akaun TikTok juga. Macam-macam komen netizen yang sempat saya baca, tapi rata-ratanya meluahkan rasa terhibur bila tengok saya men4ngis.

“Namun ramai juga meluahkan rasa s3dih sebab tak berpeluang nak rasa ambil keputusan peperiksaan di sekolah sejak pandem1k C0vid-19 melanda. Saya faham dan terharu juga baca komen macam ni. Saya bersyukur dan rasa bertuah kerana masih berpeluang hadir ke sekolah macam biasa sebelum ini.

“Bila viral, kawan-kawan sekolah yang lama dulu siap contact saya… kawan-kawan kampus pula teruja dan tak percaya lihat gelagat saya. Tapi saya okay saja, setidak-tidaknya menghiburkan orang. Saya nak ambil kesempatan untuk zahirkan penghargaan buat ibu bapa dan guru-guru sekolah dulu atas jasa sehingga saya berjaya lanjutkan pengajian sekarang,” katanya lagi.

Sumber:mstar

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara