Penyanyi Nizam Laksamana, 55, bersyukur masih lagi mampu menguruskan perbelanjaan rawatan isterinya, Salwati Zulkifli, 46, yang selamat menjalani pemb3dahan akibat k4nser payvdara tahap dua dihidapi, pada Jumaat lalu.

Nizam dihubungi berkata pemb3dahan membuang p4yudara sebelah kiri isterinya berlangsung selama tiga jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dibuat atas nasihat doktor untuk keselamatan kesihatan dan kes3mbuhan.

“Alhamdulillah, pembed4han berjaya Sekarang isteri pun dah dibenarkan balik ke rumah untuk penjagaan lebih teliti. Saya gembira dan bersyukur kepada Allah kerana memberi semangat kuat kepada isteri untuk berjuang melawan peny4kitnya.

“Isteri, seorang yang sangat tabah dan saya bangga dengan semangatnya. Setakat ini, dia sudah menjalankan rawatan kimoterapi sebanyak enam sesi pusingan dan juga pembed4han ini. Tidak lama lagi, buat rawatan radioterapi pula,” katanya kepada Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nizam Laksamana (@nizamlaksamana3011)


Menurut Nizam, dia juga bersyukur rezeki isterinya agak murah apabila kos rawatan dapat ditampung oleh tiga anak mereka yang sudah bekerja termasuk perniagaan muruku secara ‘online’ yang diusahakannya sejak musim pandemik ini.

“Saya memang tegas taknak menerima sumbangan dari mana-mana pihak kerana sedar ramai lagi orang yang susah sekarang dan perlu dibantu. Untuk keperluan rawatan isteri, insya-Allah saya dan anak-anak termasuk adik-beradik boleh saling membantu.

“Buat masa ini, kewangan rawatan diperlukan masih cukup. Apapun, terima kasih saya ucapkan kepada semua yang dah bantu mendoakan isteri. Dokt0r pun kata, keadaan kesihatan isteri boleh kembali pulih walaupun sekarang belum stabil kerana perlukan masa,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nizam Laksamana (@nizamlaksamana3011)


Nizam dan Salwati bernikah pada 1995 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata berusia di antara 25 hingga 17 tahun. Terdahulu, Nizam mendapat tahu isterinya mengh1dap k4nser payud4ra pada Januari, tahun ini.

Nizam yang cukup popular dengan lagu Gugurnya Bunga Cinta berkata walaupun dia, isteri dan keluarga dimpa ujian besar ini, mereka tetap bersyukur kerana sedar Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Sumber: Harian Metro via nizamlaksamana301

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Previous articleNetizen g3lak besar lihat gelagat suami Emma Maembong dalam video ini, “Adui s4kit p3rut”
Next articleBerkawan 5 tahun, pvtus selepas 6 bulan bertunang….hanya gerai takoyaki penuh memori -“Nak cari kerja bagus bukan senang”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here