Connect with us

Uncategorized

“Par4h Dah Ni” – Pemuda Berangan Naik Flight Pergi Bangkok Buat Ramai Rindu Nak Travel

Published

on

Antara salah satu perkara yang paling dirindui ramai pada waktu pandemik ini sudah semestinya melancong ke luar negara

Buktinya, ramai yang dilihat sudah mula throwback gambar dan video lama mereka semasa travel di negara lain sebelum wab4k C0vid-19 melanda seluruh dunia tahun lalu.

Malah, ada yang terlalu gian nak berjalan sehingga membuat content di rumah sendiri berangan seperti berada di lapangan terbang kerana rindukan suasana di sana.

Seperti video seorang pemuda yang viral di laman TikTok ini apabila dia berlakon di rumahnya yang dijadikan lapangan terbang mencvri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@diva.h.ajom kita ke Bangkok ✈️rindu travel 😓 #fyp #tiktokmalaysia #travel♬ original sound – 🧊surayooo🧊 – surayooo


Rindu travel punya pasal, sanggup angkat bagasi dan passport berlakon dekat luar rumah

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemuda bernama Hadrey Ali, kelihatan dia berada di luar kawasan rumahnya bersama pakaian lengkap seperti ingin pergi bercuti.

Dia juga dilihat membawa sebuah bagasi sambil memegang passport di tangannya. Apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap memegang bil elektrik yang dijadikan sebagai tiket penerbangannya mengundang tawa ramai.

Lakonannya yang memaparkan prosedur di lapangan terbang sehingga masuk ke dalam pesawat diiringi dengan rakaman audio pengumuman di sana ternyata membuatkan ramai turut rindu nak travel. 

Image via @diva.h.a (TikTok)

Image via @diva.h.a (TikTok)

Image via @diva.h.a (TikTok)

“I understand how you feel, ni betul-betul dem4m rindu nak travel. Bil TNB pun jadilah bang hahaha” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya mendapat sehingga 895.5K views, 111.3K likes dan 7.7K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut berdekah melihat gelagat pemuda itu yang berangan pergi bercuti sampai sanggup melakonkan situasi itu semula. Ramai juga yang meluahkan rasa rindu ingin travel sama sepertinya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lepas tengok video dia, terus buka gallery dalam phone tengok balik gambar masa travel dulu-dulu. Rindu! :'(

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

sumber:says via @diva.h.a (TikTok)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara