Susulan daripada kejadian kemalangan pada 14 Mac 2017, yang melibatkan seorang wanita yang memandu melawan arus di Kilometer 134 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh, sehingga kemtian kini didapati bersalah oleh Mahkamah.

Tertuduh, Ng Pei Ven, 22, dihukum penjara lima tahun dan didenda sebanyak RM18,000, menyebabkan kemtian seorang juruteknik, Mohamad Fandi Rosli, 26, kilang dalam kemalangan tiga tahun lalu.

Penjara 5 tahun, denda RM18,000

Kes tersebut yang hangat diperkatakan waktu itu, apabila kereta Perodua Kelisa dipandu mangsa bertembung dengan kereta yang dipandu gadis berkenaan secara melawan arus.

Mahkamah turut membuat keputusan membatalkan lesen memandu percubaan tertuduh. Mengikut pertuduhan, gadis berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 kerana memandu hingga menyebabkan kematian.
17155956 983043328496341 3214975246355393236 n
cpc0020747

Menangis pandang ibu

Tertuduh dilihat menangis sambil memandang ibunya selepas hukuman dijatuhkan terhadapanya oleh Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha.
Remaja pandu lawan arus bebas tuduhan dadah
Selepas hukuman dijatuhkan, Boon Beng meminta penangguhan pelaksanaan hukuman untuk anak guamnya bagi membuat rayuan. Mahkamah bersetuju tetapi tertuduh diminta membayar ikat jamin sebanyak RM5,000.

Sumber: Ohmymedia.cc

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous articleTak Sempat Bertemu Keluarga, Pelukis ‘Storyboard’ Upin Ipin Mavt Kemalangan
Next articleCadangan Buka Sempadan 6 Negara Zon Hijau Masih Belum Dapat Persetujuan – Dr Noor Hisham

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here