“Padan Muk4 Kau, Arumi Minta Cerai…” -Wari Beri Pesanan Kepada Jad, Raih Perhatian Ramai

Hafidz Roshdi merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 13 November tahun 1994, berasal dari Selangor. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2011/2012. Terkenal menerusi peranan lakonannya di televisyen termasuk Tundukkan Playboy Itu dan Mr. Donat Karamel yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Baru-baru ini tular lakonan dari beliau yang memegang watak sebagai Wari di dalam drama Bisik-Bisik Gelora.

Bisik-Bisik Gelora ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Riza Baharudin, dibintangi oleh Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah dan Afifah Nasir. Hafidz Roshdi yang melakonkan watak sebagai Wari, beliau merupakan kawan kepada Banin Arumi(Raysha Rizrose) tetapi sikapnya yang terlalu obses dengan Arumi sehinggalah dia melakukan sesuatu di luar jangkaan dan boleh mencederakan seseorang yang cuba sakiti hati Arumi.

Hafidz Roshdi membuat satu klip durasi pendek, beliau menyiarkan di akaun Tiktok nya sendiri dan video klip itu telah di tular. Hafidz membawa watak sebagai Wari seperti di dalam video klip itu mengatakan Jad Izzuddin dan Fakhri tidak dapat memiliki Arumi, hanya beliau sahaja mampu memilikinya. Namun, watak yang beliau pegangi juga mendapat pujian ramai yang membuatkan penonton naik geram dengan sikapnya yang misteri dan watak beliau digelarkan watak ‘psiko’.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@𝔸𝕐𝕠ℍ 𝕤𝕌:xpe xdpt arumi pun.. Nek muya ada, blih jdi atok arumi..

@user471631559664:Knp abg slalu dpt watak lelaki yg tersakiti..sian abg..hahaha

@Hanani Haroro:pelik laa cerita melayu nie..mesti ada seen lelaki berebut herion..

@liya-liya:Tu lah wari je lah ambik arumi..sbb dua org llki tu thu mnykitkan hati arumi je..

@Sayed Fadil:ko ni dh kenp bile Arumi pergi mane mane je misti ko ade

@setonnn:part last tu kalau suruh repeat mesti dh tak sama kan

@Zana Nawar (kakZ):ha tu la elokla wari je dpt walaupun psiko tp ayg arumi

Netizen turut memberi komen tentang drama ini, mengatakan terhibur dengan reaksi Hafidz Roshdi yang masih membawa watak Wari itu hingga di luar babak. Netizen juga bersetuju jika pengakhiran drama ini, watak Arumi dan Wari disatukan walaupun digelarkan menjadi watak ‘psiko’ tetapi beliau sentiasa menjaga keperluan dan kesenangan Arumi. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 1.3M penonton, 119.7K sukaan dan 1612 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*