Connect with us

Uncategorized

“Doa saya dimakbulkan”.. Nur Izzah Sdah Sedar Dari K0ma, Ini Perkataan Pertama Yg Keluar Dari Mulutnya..

Published

on

LONDON: “Doa saya dimakbulkan,” kata Hamidah Wahab, ibu kepada Nur Izzah Mohd Shokri, 21, pelajar Malaysia yang terbabit kem4langan ketika berbasikal hingga ced3ra p4rah dalam n4has di Manchester pada 28 Disember lalu.

Hamidah yang kebetulan menyambut hari lahir ke-45 semalam, menerima kejutan paling bermakna apabila anaknya itu sudah mula sedarkan diri dan memanggil ‘ibu’.

“Kebetulan hari ini (semalam) hari lahir saya. Saya ada beritahu keluarga, saya berharap Nur Izzah sedar pada hari kelahiran saya. Ini akan menjadi hadiah paling bermakna dan Allah makbulkan doa saya.

“Saya sangat bersyukur. Sebelum ini saya tertanya-tanya bilakah akan dapat peluang untuk memeluk dan mendengar suara anak perempuan saya,” katanya dalam temu bual menerusi aplikasi Zoom, malam tadi.

Beliau bersama suami, Mohd Shokri Zainal, 55, berkomunikasi dengan Nur Izzah melalui aplikasi Facetime setiap hari, sejak mereka tiba di Manchester pada 30 Disember lalu, dua hari selepas Nur Izzah kem4langan.

Sementara itu, Mohd Shokri berkata, pada awalnya, Nur Izzah kelihatan k3liru, tetapi apabila mendengar suara dan melihat beliau dan isteri menerusi Facetime menggunakan iPad, anak mereka membesarkan paparan imej dan memanggil ‘ibu, ayah!’.

Kakak m4ngsa, Nur Fariha, 23, dan adik mereka, Muhammad Faris Danial, 19, serta kembar, Muhammad Izwan and Muhammad Izlan, 16, turut menyertai sesi berkenaan bersama rakan serumah Nur Izzah di Manchaster.

Terdahulu, Hamidah yang juga guru di Kolej Komuniti Bentong, Pahang, meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang diaturkan rakan serumah Nur Izzah di Manchaster.

Mohd Shokri menambah, anak mereka sudah mula meminta air selain memaklumkan kepada jururawat yang dia mahu ke tandas sendiri.

“Dia kenal adik-beradiknya dan rakan serumah serta merindui mereka. Dia juga kata mahu pulang ke rumah. Dia boleh berjalan ke tandas walaupun dibantu jururawat, selain berupaya memegang gelas,” katanya.

Difahamkan, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan Universiti Manchester itu tidak lagi dikom4kan selepas menjalani pemb3dahan kedua pada 5 Januari lalu, bagi mengurangkan tekanan pada otaknya.

Nur Izzah mengalami kec3deraan serius pada ot4k dan p4ru-p4ru selepas bertembung sebuah bas ketika berbasikal di Wilmslow Road, Rusholme dalam kejadian 4.25 petang waktu tempatan, 28 Disember lalu.

Dia juga mengalami peningkatan suhu badan dan s4wan yang mendorong kepada pemb3dahan kedua.

Walaupun sudah sedarkan diri dan diletakkan di Unit Penilaian Tr4uma di Salford Royal Hospital selepas pemb3dahan, pelajar itu pada mulanya terg4nggu dan kepenatan, sekali gus menyebabkan sesi FaceTime bersama keluarganya disingkatkan.

Mohd Shokri berterima kasih kepada doktor Malaysia di hospital berkenaan yang sentiasa memberi maklum balas perkembangan Nur Izzah.

“Dia boleh angkat tangan, gerakkan kaki dan turun dari katil. Kami bimb4ng semua itu akan membuatkan dia lebih penat. Sebelum ini, dia tak bercakap, tetapi hari ini (semalam), dia kenal kami semua,” katanya.

Katanya, emosi Nur Izzah agak terg4nggu kerana sering teringatkan ibu bapanya dan memaklumkan kepada jururawat mengenai hasratnya untuk pulang.

Sementara itu, Hamidah memaklumkan, dia akan tinggal di Manchester sehingga Nur Izzah sembuh, manakala suaminya mungkin pulang untuk menjaga anak mereka yang lain.

Pasangan suami isteri itu turut berterima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana keprihatinan baginda berdua terhadap nasib anak perempuan mereka.

Mereka juga berterima kasih kepada penaja pengajian Nur Izzah, PETRONAS dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London serta rakyat Malaysia yang sentiasa memberi sokongan moral.

Sumber: BH

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara