Connect with us

Artis

“No way nk pacak…” Akhirnya Zul Tampil Cerita Prkara Sbenar & Dia Juga Jwab Psal Ebit Lew Yg Tngah Hangat

Published

on

SEJAK akhir-akhir ini, boleh dikatakan ramai selebriti yang mula berhijrah ke arah kebaikan dengan mengikuti pelbagai aktiviti dakwah.

Namun Zul Ariffin atau Zulkifli Ariffin, 35, berkata dia bukan pengikut jemaah tabligh seperti yang disangka ramai pihak.

Menurut pelakon Penunggang Agama 2 itu, dia hanya bertemu dengan personaliti dakwah iaitu Ebit Lew bagi mengikuti program keagamaan.

“To be honest saya tak join jemaah tabligh, saya tak pernah join jemaah tabligh.

“Saya pergi dengan Ebit Liew je, I think he nice, dia layan tetamu nice, team dia baik layan orang dan penuh sopan santun,

“That one I appreciate the most, other than that macam-macam karakter because dia pun sedang hadapi ujian,” katanya kepada mStar.

Sebelum Ini, Demikian kata pelakon Zul Ariffin, 35, apabila ditebak tentang perhubungan dan perjalanan rohaninya bersama Ebit Lew terutama selepas pendakwah bebas popular itu dihimpit pelbagai kontr0versi.

Zul yang bakal muncul dengan filem televisyen, Penungg4ng Agama 2 juga memahami, bahawa ramai yang sedang menantikan kebenaran untuk didedahkan namun bukan tugasnya atau orang lain untuk bercakap tentang perkara tersebut.

“Saya tak pernah tanya atau perso4lkan. Saya cuma cakap dapatkan rehat secukupnya.”

“Dia (Ebit Lew) sedang diuji. Tapi saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas lanjut tentang apa yang berlaku.

“Bahkan, pertemuan saya dan dia diisi dengan persalaman, berborak, berkongsi ilmu, solat jemaah dan saya dengar apa yang dia nak cakap.

“Apa yang saya tahu, dia memberi layanan yang baik terhadap saya dan orang-orang yang dia temui. Perkara lain, saya tak ambil tahu,” katanya dalam temubual virtual kepada Kosmo! Online  sebentar tadi.

Dalam pada itu, bercakap tentang isu penungg4ng agama, satu watak yang diterjemahkan dalam naskhah arahan Syafiq Yusof itu, Zul berkata, ramai orang seperti itu dalam kehidupan sekarang.

“Saya rasa, ramai orang akan berjumpa penungg4ng agama sekurang-kurangnya sekali seminggu.

“Apa yang boleh saya cakap juga, orang bukan Islam, mereka tak baca al-Quran, sebaliknya, mereka (orang bukan Islam) baca perangai kita (orang Islam).

“Jadi, tunjukkanlah teladan yang baik. Jangan bersikap hip0krit. Pacak ‘tripod’ rakam tengah sembahyang, itu bukan saya. Senang cerita, jangan pergunakan agama untuk kepentingan sendiri,” ujarnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Terdahulu, Zul mula menunjukkan perubahan lebih mendekati agama sejak akhir-akhir ini. Menerusi beberapa perkongsian dalam Instagram, dia dilihat banyak menghabiskan masa dengan aktiviti meluaskan dakwah Islam bersama Ebit Lew.

Sumber: K! ONLINEIG Zul Ariffinnewspartnerlive, Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara