Ustaz Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed ialah seorang pendakwah di Malaysia yang telah memenangi dan dinobatkan sebagai juara rancangan realiti Islamik terbitan Astro Oasis, Pencetus Ummah musim ke 3 pada 2015.
Menerusi entri terbaru beliau dalam halaman IG nya, beliau menulis kapysen ringkas:
Assalamualaikum wbt
Buat @datoserivida dan semua
Sebaiknya bagi seorang wanita lantiklah seorang wanita juga utk dijadikan sebagai pembantu peribadi. Begitulah bagi lelaki, kerana ianya lebih baik dari sisi syarak dalam mengelakkan pelbagai “fitnah dan tohmahan”.
Susah nanti nak jaga dari sudut pergaulan, aurat, dan pelbagai lagi.
Rata rata netizen bersetuju dengan tindakan PU Syed. Lihat juga apa kata orang ramai:
“ni semua nk glamer….semua benda xfikir ..bkn org kapir…org islam….sepatutnya tahu…ppuan pulak tu…bniaga pn semua byk xikut syarak..Allahu..sedihnya ppuan zaman skrg ni..ustaz tegur xde langsung nk ambik perhatian….”
Memang Tu tujuan dia,nk orang pandang,bagi perhatian,bagi dia biarlah orang fitnah,tohmahan asalkan Nama dia naik
Entri terdahulu DSV dalam pencarian pembantu peribadinya:
Terbaru, DSV juga berbelanja RM50,000 untuk penginapan hotel.
Dengan kapsyen berseloroh ‘No men, no problem’, rata-rata warga TikTok tampil memberi pelbagai reaksi buat usahawan kontroversi itu menerusi ruangan komen.
Ramai yang menzahirkan rasa terkejut dengan harga sebuah bilik tersebut yang dikatakan boleh membeli sebuah kereta perodua Myvi baharu.
“Kita RM 50,000 beli Myvi (itu pun hutang), dia 50K tunai tidur hotel. Berapa dalam akaun dia ada,” tulis seorang warganet.
“Aku baca RM50 dah terkejut ingat murah, lah ada ‘K’ di situ,” komen lagi seorang warganet.
“Buat apa bayar 50,000 Datuk, sedangkan ada RM300 satu malam tetapi macam hotel lima bintang. Apa-apa pun, selamat bercuti. Tiada lelaki tiada masalah lah Datuk. Enjoy,” komen juga seorang warganet.
Bagaimanapun, mereka tetap menyokong tindakan DSV itu untuk bergembira bagi ‘merawat hati’ semula disebabkan peristiwa lalu.
“Ya, seperti ini. Gembira kan diri sendiri. Bahagiakan anak-anak,” komen seorang warganet.
“Suka melihat Datuk gembira. Semoga Datuk sekeluarga di dalam lindungam Allah,” komen seorang lagi.
“Terbaiklah, lagi gembira dan bertambah cantik,” puji seorang warganet.
Selepas dikatakan ‘tiada jodoh’ dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli, DSV seringkali dilihat memuat naik perkongsian dengan memaklumkan yang dirinya gembira tanpa kehadiran lelaki.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: wiki, IG PU Syed