Connect with us

Entertainment

Netizen Tak Pu4s Hati Tngok Mjlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza.. Skali Nama Ustaz Azhar Idrus Yg Kna Petiik..

Published

on

NAMPAKNYA penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berterusan menjadi sasaran netizen kerana did4kwa g4gal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penul4ran Cov1d-19.

Terbaharu penganjuran majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua Siti, 42, iaitu Muhammad Afwa Khalid mencetuskan pertik4ian dalam kalangan orang ramai.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengundang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang difahamkan menetap di Terengganu di kala larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Malah penganjuran majlis di kediamannya itu pada minggu lalu juga dilihat sebagai tidak sensitif dengan situasi semasa apabila kes harian jangk1tan Cov1d-19 masih lagi mencatatkan empat angka.

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut diundang ke majlis tersebut.

Selain Azhar Idrus, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari turut menjadi tetamu istimewa Siti dan suami.

Momen sekitar majlis berkenaan dikongsikan Siti di Instagram.

PDRM boleh la saman Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya… sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.

NETIZEN

Susulan itu, netizen menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjuran majlis tersebut.

“PDRM boleh la sam4n Tokti (Siti Nurhaliza) dan keluarganya… sebelum isu tahnik banyak sahaja event mereka buat tapi tiada juga tindakan.

“Tokti dan keluarga langsung tidak fikir kesan ya bila buat macam ini… macam hidup dekat dunia kayangan mereka sahaja. Agak ignorance (tidak peka) dengan isu semasa.

Antara tetamu yang turut hadir pada majlis tersebut.

“Itulah aku pernah kata, kenapa kes Tokti macam senyap sahaja tak macam k3s Neelofa sampai trending?” tulis netizen.

Sebelum ini, netizen turut mempertikaikan isu SOP di hospital tempat Siti melahirkan putera sulungnya itu apabila mereka membenarkan kehadiran ramai pelawat selain Datuk K.

Ia kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersalin.

Usaha mStar untuk mendapatkan reaksi daripada pihak Siti bagaimanapun tidak berhasil.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara