Connect with us

Entertainment

“Netizen semakin kej4m” Lama Diam Diri, Syifa Melvin Mula Buka Mulut

Published

on

PETALING JAYA – Berasakan dunia semakin kej4m kerana hidup dalam ramai kalangan netizen yang tidak ber4dab membuatkan pelakon Syifa Melvin hilang minat untuk melakukan perkara yang disukainya seperti dahulu.

Perkara berkenaan diluahkan Syifa atau nama lengkapnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin dalam InstaStory beberapa jam lalu.

Menerusi perkongsian video, Syifa, 27, mendedahkan bahawa dia terhimpit antara dua perasaan sama ada mahu kembali menjadi seperti dulu ataupun kekal menjaga privasi.

“Sejak kebelakangan ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk bercakap soal ini. Saya rasa, sekarang saya sedang terhimpit antara nak jadi orang yang bersifat terbuka macam dulu, selalu berkongsi apa sahaja dengan pengikut media sosial.

“Semua saya akan kongsikan dengan kalian. Ataupun, saya kekal menjaga privasi untuk diri sendiri sahaja,” katanya.

Tambah adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu lagi, dia mengakui dirinya sudah jarang berkongsi apa sahaja perkara kepada umum.

Jika dulu, dia berasa disukai dan disayangi oleh ramai orang meskipun hanya berkongsi tentang perihal yang kecil. Namun segalanya dirasakan berbeza sekarang.

“Macam sekarang, saya dapat rasa yang saya sangat jarang berkongsi dalam media sosial.

“Jarang nak tulis apa-apa dalam InstaStory. Sebab rasa malas. Sebab saya rasa dunia sekarang semakin kejam. Netizen suka bercakap itu ini kepada kita, m4ki hamun macam tiada adab. Tapi sebenarnya saya rindukan semua itu,” katanya.

Pelakon yang mempunyai seramai lebih 705,000 pengikut Instagram itu sebelum ini pernah beberapa kali dihimpit kontr0versi membabitkan soal cinta, kerjaya dan bisnes yang diusahakan bersama adik-beradiknya. Berikut sedikit info mengenai Syifa Melvin

Biodata

Nama penuh: Nur Syifa Athirah Amirol Melvin

Nama popular: Syifa Melvin

Umur: 24 tahun

Kelahiran: Parit Buntar, Perak

Pekerjaan: Pelakon, instafamous dan jurusolek

Media sosial: Instagram @syifamelvin

Fakta Menarik

1. Berdar4h k4cukan Melayu-Cina.

2. Anak ketiga daripada lima beradik. Kesemua adik-beradiknya adalah perempuan. Mereka mempunyai pertalian yang rapat dan gemar berjenaka sesama sendiri.

3. Syifa juga merupakan adik kepada pelakon popular, Syatilla Melvin.

4. Sering disalah anggap sebagai kakaknya kerana wajah yang seiras.

5. Enggan menumpang populariti Syatilla mahupun abangnya iparnya, pelakon Shaheizy Sam.

6. Selepas menamatkan persekolahan pada tahun 2011, Syifa dikenali sebagai instafamous yang aktif berinteraksi dengan pengikut di media sosial.

7. Menggunakan medium laman sosial, selain bergelar model Muslimah dan mengambil tawaran sebagai pengacara program televisyen untuk membina nama dalam dunia hiburan.

8. Mula berminat menceburi dunia lakonan selepas terbabit sebagai hos program Pesona Muslimah pada tahun 2017 di mana sejak itu, beliau semakin selesa beraksi di hadapan kamera.

9. Bersedia untuk mendalami ilmu lakonan dengan menghadiri kelas yang dianjurkan mana-mana pelakon berpengalaman.

10. Gemar bereksperimentasi dengan produk solekan.

11. Suka bercakap.

12. Memakai saiz baju dan kasut yang sama dengan Syatilla. Mereka gemar berkongsi dan menganggap ianya kelebihan sebagai adik-beradik.

13. Terkini, beliau bergandingan dengan penyanyi Nabila Razali dan Sarah Suhairi, selaku teraju utama drama tajaan Sunsilk siaran TV3 dan ntv7 berjudul #siscuba, ke udara sebanyak lima episod. Ia merupakan lakonan sulungnya dalam dunia seni.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara