Perayaan yang disambut oleh orang Islam tidak kira di mana juga lokasi mereka iaitu Hari Raya Haji atau Aidiladha ini antara yang penting dalam kebanyakan yang lain. Kebiasaannya menjelang Hari Raya Haji ramai yang akan pulang ke kampung halaman untuk meraikannya bersama ibubapa dan keluarga.
Namun begitu tahun ini, dalam suasana hiba Hari Raya Haji hanya disambut di rumah masing-masing. Pastinya yang sudah lama tidak dapat pulang ke kampung halaman berasa hiba dengan keadaan kini. Namun untuk mengekang penularan C0vid-19, inilah ‘pengorbanan’ kita.
Bagaimanapun baru-baru ini, seorang pengguna TikTok berkongsikan satu video yang memaparkan nenek anyam ketupat sambil baring. Wow, bukan calang-calang ni! Dalam rakaman itu kelihatan aksi seorang nenek sedang menganyam ketupat dengan gaya yang cukup bersahaja. Berikut adalah rakaman tersebut yang telah dimuat naik oleh pemilik akaun @remycahaya ini:
Selamat hari raya korang…korang rindu kampung tak #rayahaji2021 #fypシ #kosongkosong
Hebat betul kemahiran dimiliki nenek ini. Perkongsian rakaman nenek anyam ketupat sambil baring ini telah meraih lebih 32 ribu tontonan dan 3,000 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:
“..Boleh geng mak kite la. Mak kita bab nganya ketupat ni memang legend la”
“Terbaik nenek. Laju anyam tu. Teringat dulu belajar anyam ketupat dengan arw4h nenek”
“Wah steady je sambil baring”
Sumber: himpunanceritalawak via remycahaya via
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose