Connect with us

Viral

“CGPA dia Tinggi Woi. Nanti dia tak hormat suami..” – Lelaki Ini cerita bukan wanita tunjuk pandai…

Published

on

Memetik dalam halaman FB Azizi Khalid , beliau berkongsi dengan pengikut pengikut nya mengenai perjalanan mendirikan sebuah rumah tangga bersama isteri yang tersayang.

Cerita nya mengenai sebelum dan selepas berkahwin, dan beliau berkongsi ada juga lelaki yang memberi kenyataan pada nya yang wanita yang pandai biasa nya tidak menghormati suami. Apa kata korang?

Penulisan penuh Azizi Khalid seperti dibawah:

Isteri saya antara pelajar terbaik SPM 2000. Beliau dapat 10A1.

Beliau antara pelajar terbaik UIA 2006 – CGPA 3.9. Sepanjang di uni beliau bukanlah sekadar seorang ulat buku sehingga tidak ada aktiviti lain. Malah pernah dua kali membentangkan kertas kerja di United Nation berkenaan hak kanak2, sekali di New York dan sekali di Italy (driven? High achiever?). Beliau juga merupakan seorang atlit Taekwondo (tinggi testosterone?)

Ketika bertunang beliau memberitahu saya yang beliau berhasrat untuk sambung PhD. Saya sokong cita-cita beliau.

Alhamdulillah, kami menikah ketika beliau berusia 23 tahun.

Sehari selepas kenduri kahwin, beliau pergi interview program masters di UKM. Tangan penuh berinai lagi. Talk about her drive.

Anak kedua kami lahir 3 hari selepas isteri saya submit thesis PhD. Dan resesrch beliau antara research terbesar dalam bidangnya. Now that’s determination.

She’s got the drive to succeed and is a high achiever. And I love her for that.

Wanita, tolong jangan bodohkan diri anda untuk menarik perhatian lelaki. You might attract the wrong kind of man.

Ada yang kata Prof tu bukan suruh jadi bodoh. Cuma jangan tunjuk pandai depan suami/bakal suami. Atau kena rendah diri. Tetapi yang berlaku di masyarakat adalah perempuan jangan belajar tinggi sangat. Nanti tak kahwin.

Ketika saya hendak bertunang dengan isteri, ramai kaum lelaki bertanya, “kau biar betul nak kahwin dengan dia? CGPA dia tinggi woi. Nanti dia tak hormat suami.” Yang bercakap ni bukan kenalan rapat isteri pun. Mereka terus menghukum hanya kerana CGPA.

Isunya bukan wanita tunjuk pandai, tetapi lelaki yang tiada jati diri sehingga takut dengan perempuan bijak dan cuma mahukan isteri yang mengangguk pada semua kesalahannya.

Antara komen – komen netizen yang dipetik dalam ruangan komen:

“Its totally sick bila semua orang nak jadi penceramah bebas. Pakar mata bercakap pasal agama itu & ini. Ada yg menyokong & ada yg tidak. Pokok pangkal jati diri kita, kalau kita ada goal, cita-cita, vision InsyaAllah jodoh akan sampai. Yg penting jati diri. Jgn desperate nak berjodoh sampai dpt perangai hodoh sudahlah, yg merana esok lusa diri sendiri jugak. Just my 2cents. I am passionate with my goals & my husband really supportive. We simply can blend together well”

“Yg bg nasihat tu prof n doc lg dn level mak2 kita, hormat la, klo rasa nasihatnya berguna ambik klo x gne diam aje dh la x yah nk angin 1 bdn”

“Dua2 pandangan ada pro and con….tp kes macam ni x ramai..yg tiada isu kena bersyukur kpd Allah S.W.T….tp diluar tu rmi jer pasangan yg bercerai berai apabila isteri darjatnya lebih tinggi dr si suami….apa yg penting…bila dah jadi suami dan isteri…masing2 kena tau peranan dan tanggungjawab…peranan yg utama adalah beribadah kepada Allah S.W.T…ingat Allah tak tgk dimana kita bermula….tp Allah akan tgk dimana kita berakhir”

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: FB Azizi Khalid

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2020 Metro Rimbabara